
SEDIA maklum, menunggang motosikal lebih tinggi risikonya berbanding kereta kerana saiznya lebih kecil dan tubuh badan lebih terdedah.
Kadang-kala bukan salah penunggang motosikal yang menjadi penyebab kemalangan, akan tetapi ketidakprihatinan pengguna jalan raya lain juga antara punca seperti sikap melanggar lampu isyarat merah.
Pelbagai faktor boleh mempengaruhi kemalangan, namun tahukah anda terdapat juga sebab lain yang mungkin anda tidak sedar boleh mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kemalangan dengan punca yang tak disangka?
BACA LAGI: Ingin mengembara sepenuh masa? Berikut 4 langkah yang boleh merealisasikan impian anda
BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, John hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya
Berikutan adalah lima sebab anda berpotensi untuk jatuh motosikal dan mengalami kecederaan.
1) Garisan putih
Sedar tak anda di atas jalan raya terdapat satu garisan lurus atau putus-putus berwarna putih atau kuning di sepanjang jalan?
Garisan tersebut di cat bagi tujuan pemisah antara lorong atau jalan di atas permukaan jalan raya. Tambahan pula ia amat berguna ketika waktu malam atau jalan gelap.
Namun, cuba elakkan daripada tayar motosikal anda berada di atas garisan putih tersebut kerana cat tersebut diperbuat daripada campuran cat jalan yang khusus, dan mengandungi butiran atau serbuk kaca dipanggil manik kaca.
Hal ini boleh menyebabkan tayar anda tergelincir melalui garisan tersebut. Jika tidak hujan pun boleh tergelincir apatah lagi kalau hujan, permukaan tersebut akan bertambah licin.
2) Aksesori pemegang telefon motosikal
Kini, aksesori pemegang telefon motosikal sudah dijual bagi memudahkan penunggang untuk melihat maklumat tertentu.
Terutamanya ketika pengguna aplikasi penjejak seperti Waze dan Google Map terutamanya penghantar makanan.
Perkara tersebut bukan satu kesalahan selagi mana telefon tidak pegang oleh tangan ketika motosikal sedang bergerak di atas jalan raya.
Namun, anda diingatkan untuk meletakkan fokus yang lebih tinggi terhadap jalan raya.
Kemalangan yang menyebabkan motosikal terlanggar belakang kereta arau memasuki lorong sebelah secara melulu.
Ia disebabkan kepala anda tunduk terlalu lama dek kerana ingin melihat telefon yang terpasang aplikasi penjejak sehinggakan anda tidak perasan di depan atau di tepi anda ada kereta.
Tidak kiralah alat pemegang telefon itu dipasangkan di bahagian cermin sisi atau di tengah papan pemuka motosikal, fokus yang tinggi terhadap jalan lebih mustahak.
3) Cermin sisi kecil
Mungkin saja anda ingin menukar cermin sisi yang lebih berjaya dengan pelbagai jenis pilihan yang dijual di kedai atau di platform e-dagang.
Bentuk cermin sisi mampu meningkatkan penampilan sebuah motosikal akan tetapi pastikan saiz cermin tersebut perlu mengikut spesifikasi yang cukup besar.
Ini kerana terdapat cermin sisi yang dikeluarkan dalam bentuk yang begitu canggih dan lawa namun saiznya dikecilkan.
Dinasihatkan untuk tidak memasangkan aksesori tersebut kerana ia hanya membesarkan lagi tiktik buta ketika berada di atas jalan raya.
Sedangkan cermin sisi standard pun mempunyai sedikit titik buta, inikan pula saiz yang kecil. Ia boleh menyebabkan penunggang tidak perasan kereta di sebelah ketika memotong atau menukar lorong.
4) Tayar pecah
Malang memang tidak berbau, adakalanya kemalangan yang menimpa penunggang motosikal bukanlah disebabkan oleh diri mereka.
Situasi tayar meletup atau pecah ketika membawa motosikal sering kali berlaku terutamanya jika ada individu yang tidak bertanggung jawab menaburkan paku di atas jalan raya.
Sukar sebenarnya nak mengelakkan diri daripada terjatuh jika berlaku keadaan seperti itu. Akan tetapi, apa yang anda boleh lakukan, cuba kawal bar pemegang motosikal sekuat mungkin dan perlahankan kenderaan seterusnya berhenti di bahu jalan.
Cara tersebut mungkin boleh menyelamatkan daripada jatuh dari motosikal.
Fikiran terganggu
Akhir sekali, fikiran terganggu boleh menyebabkan berlakunya kemalangan yang mungkin lebih teruk.
Secara amnya, menunggang motosikal memerlukan tenaga di setiap badan tanpa ada rehat. Fikiran yang terganggu boleh menyebabkan anda hilang fokus menyebakan visual di mata anda terbayangkan sesuatu kejadian yang boleh mengkhayalkan pemandangan mata.
Kakdang-kadang kita sendiri tidak sedar yang tangan anda sedang memulas pendikit dengan agresif tanpa mengimbangan kadar kelajuan dan badan yang menunggang.
Oleh itu, dinasihatkan walau apa pun masalah atau tekanan yang dihadapi, kosongkan fikiran dan pastikan anda berada dalam keadaan yang tenang setiap kali memulakan perjalanan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram