
MASJID merupakan rumah ibadah bagi umat Islam. Percaya tau tidak, Malaysia antara negara yang memiliki banyak masjid yang unik, cantik dan penuh seni di serantau Asia.
Terletak di Kampung Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan, tersergam indah sebuah masjid yang menjadi sebutan masyarakat tempat iaitu Masjid Imanul Fa’izin.
Dengan kecantikan paparan warna putih yang mendominasi hampir keseluruhan bangunan, masjid tersebut dibina pada 2020 atas ihsan dan usaha pemilik sebuah pemilik agensi pelancongan bernama Andalusia Travel & Tour, Ibrahim Mat Sin
BACA LAGI: Usia emas masih sesuai hasilkan karya muzik, mampu bantu tajamkan fikiran
Dianggarkan kos untuk membinanya melebihi RM7 juta, struktur binaan dan konsep masjid tersebut dikatakan diinspirasikan dari Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Ciri-cirinya begitu unik dengan memiliki 21 gerbang dan lebih 100 kubah berwarna putih yang ditempah khas termasuk beberapa kubah dibeli dari Medan, Indonesia. Keindahannya umpama doa yang terukir di langit.
Lantai dan dindingnya menggunakan marmar yang diimport dari beberapa negara seperti Turkiye, Mesir dan Oman.
Permaidaninya dalam masjid itu pula ditempah dari kilang di Madinah. Ia mempunyai corak yang seakan-akan sama seperti Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah, memang cukup luar biasa.
Selain sebagai tempat solat yang mampu memuatkan lebih 2,000 jemaah (ketika tarawih bulan Ramadan), rumah ibadah tersebut turut digunakan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan lain seperti majlis bubur Asyura.
Tangkap layar di ruangan komen daripada mereka yang oernah hadir ke masjid tersebut.
Rata-rata warganet yang pernah hadir ke sana menyatakan ia adalah sebuah masjid yang meninggalkan kenangan indah semasa datang ke negeri Kelantan.
“Baru singgah minggu lepas memang cantik, seindah doa yang terukir di langit” ujar seorang pengguna media sosial di ruangan komen.
“Memang nampak ada sentuhan Arabian. Teringat tanah suci, sesiapa yang datang Kota Bharu kena singgah rasa aura itu sendiri,” komen seorang lagi.
Bagi mereka yang melalui jalan atau hendak bersiar-siar di Kota Bharu, Kelantan, jejakkan kaki anda ke masjid ini alang-alang terus laksanakan ibadah solat di negeri serambi Makkah berkenaan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram