Bekas mekanik motosikal kini jurulatih burung macaw di Indonesia, ajar terbang dan datang semula cuma guna wisel


  • Hobi
  • Khamis, 16 Okt 2025

Objektif Albi bukan sekadar untuk memenangi hadiah, tetapi juga ingin diperlihatkan latihan dan hasil penjagaan hariannya.

 

 

BURUNG macaw (sejenis burung kakak tua) sering kali kita lihat di zoo dan rancak berbunyi apabila manusia mendekatinya.

Ada warna biru bercampur kuning dan putih, ada juga berwarna merah. Warna-warna terang itu cukup menceriakan bagi sesiapa saja yang melihatnya bertenggek di atas kayu.

Memiliki burung macaw berwarna terang, bekas mekanik motosikal dari Indonesia, Albi Albar Ramli,33, memperlihatkan kemahirannya melatih burung macaw.

BACA LAGI: Ingin mengembara sepenuh masa? Berikut 4 langkah yang boleh merealisasikan impian anda

BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, John hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya

Bird trainer Albi Albar Ramli, right, with other macaw enthusiasts train their birds in a field in Depok, on the outskirts of Jakarta, Indonesia, Saturday, Aug. 16, 2025. (AP Photo/Tatan Syuflana)

Albi (kanan) bersama peminat macaw lain.

Mampu menyeimbangkan diri di atas motosikalnya sebelum menuju ke padang terbuka berhampiran rumahnya, di belakangnya terdapat enam ekor lagi macaw menunggu di dalam kotak kayu yang diikat pada tempat duduk penumpang.

Burung tersebut sedang bersedia untuk sesi latihan sambil bertemu dengan peminat macaw lain dari kawasan sekitar, menjadikan kawasan lapang itu tempat perhimpunan yang cukup meriah.

Di padang latihan, Albi melatih burung-burungnya agar terbang dan kembali dalam masa tiga minit apabila dia meniup wisel. Ia sebagai persiapan untuk pertandingan kepatuhan dan keserasian dalam kalangan kumpulan burung tersebut.

Minat Albi terhadap burung bermula pada 2018 apabila dia memelihara burung bayan kecil, tidak lama kemudian dia berhasrat menjaga spesies yang lebih besar dan anggun seperti macaw.

Terinspirasi oleh video di media sosial yang menunjukkan burung-burung kembali dengan setia kepada jurulatih mereka selepas dilepaskan terbang bebas, Albi memutuskan untuk meninggalkan pekerjaannya sebagai mekanik motosikal, demi menumpukan perhatian kepada minat baharunya itu.

Impian itu menjadi kenyataan pada 2020, apabila seorang pemilik burung eksotik memberikan kepercayaan kepadanya seekor macaw Biru dan Emas bernama Zoro.

Itulah burung perliharaannya yang pertama pertama dilatih oleh Albi, dan hubungan rapat mereka menjadi permulaan perjalanan Albi dalam dunia burung nuri karismatik yang berasal dari Amerika Selatan itu.

Kini, Albi memelihara 18 ekor macaw di ruang khas bersebelahan rumahnya, tinggal bersama keluarga kecilnya di kawasan luar bandar di selatan Jakarta. Kawasan tersebut sudah seakan-akan sebuah “sekolah” untuk macaw.

 

 

Macaws fly past a family on a scooter during a training session in a field in Depok, on the outskirts of Jakarta, Indonesia, Saturday, Aug. 16, 2025. (AP Photo/Tatan Syuflana)

Burung macaw terbang melepasi sebuah keluarga menaiki skuter semasa sesi latihan di padang di Depok, di pinggir Jakarta, Indonesia,

Nama dan personaliti

Setiap burung mempunyai nama dan personaliti yang Albi kenali dengan baik.

Ada Lexus, ada juga Shamrock dengan mahkota merah terangnya.

Diikuti Wel, seekor macaw Shamlet yang memiliki warna jingga menyala di kepalanya.

Mereka hanyalah dua daripada beberapa spesies kacukan di bawah peliharaannya.

Albi bukan sahaja menjaga burung-burungnya dengan memberi makan setiap hari dan membersihkan sangkar dua kali seminggu, malahan dia juga menyikat bulu mereka supaya sentiasa kelihatan rapi, cerah dan kemas.

Ikatan perhubungan antara burung tersebut dan dirinya telah membentuk Albi sebagai ketua kawanan.

Macaws fly during a training session in Depok, on the outskirts of Jakarta, Indonesia, Saturday, Aug. 16, 2025. (AP Photo/Tatan Syuflana)

Burung-burung terbang semasa sesi latihan.

Dia akan memastikan bahawa walau sejauh mana pun burung-burung itu terbang semasa pertandingan, mereka tetap akan kembali kepada tuannya.

“Binatang ini tiada bezanya dengan manusia. Ada yang cepat memahami arahan kita, dan ada juga yang mengambil masa untuk menyesuaikan diri,” jelasnya.

Dia tidak pernah menetapkan harga khusus untuk menjaga dan melatih burung-burung itu. Sebaliknya hanya menerima bayaran mengikut kemampuan dan keikhlasan pemilik macaw.

Dengan bantuan dua rakannya, Albi telah menyertai beberapa pertandingan di kawasan Jakarta Raya, Indonesia.

Objektifnya bukan sekadar untuk memenangi hadiah, tetapi juga untuk memperlihatkan latihan dan hasil penjagaan hariannya mampu membentuk arahan kepada burung tersebut.

“Saya memang sangat menyayangi burung. Seolah-olah saya ada kasih sayang yang istimewa terhadap mereka. Satu lagi, saya berasa bangga dapat menjaga burung-burung mahal ini di mana ia sesuatu yang mungkin saya sendiri tidak mampu miliki,” jelas Albi.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram