Pentingnya radio ketika kecemasan dan bencana, MARTS perkukuh komitmen menjelang musim tengkujuh  


  • Hobi
  • Selasa, 14 Okt 2025

Bulan Kesiapsiagaan Nasional telah menjadi platform penting untuk menyatukan komuniti dan agensi penyelamat.

PENGUMUMAN terhadap situasi bencana alam yang berlaku amat mustahak dan ia memerlukan tempoh masa yang segara tidak kira melalui apa pun platform yang ada.

Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society  (MARTS) menegaskan komitmennya tekah dipertingkatkan dan memperkukukhkan rangkaian komunikasi alternatif semasa kecemasan dan bencana.

Usaha tersebut dilaksanakan melalui kerjasama erat dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta agensi keselamatan berkaitan yang lain.

BACA LAGI: Menulis novel, ambil gambar antara 5 hobi kreatif asah kemampuan diri selesaikan apa jua masalah hidup

BACA LAGI: Perbelanjaan mencanak angkara terlalu percayakan ChatGPT, percutian wanita bertukar menjadi 'mimpi ngeri'

Komitmen MARTS juga seiring dengan matlamat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan persediaan awal menghadapi risiko bencana. Terutamanya menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula pada November hingga Mac 2026.

Sempena penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Bencana 2025 yang berlangsung di Jerantut baru-baru ini, MARTS menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif tersebut.

Program berkenaan menjadi wadah dan platform penting untuk menguji tahap kesiapsiagaan pelbagai pihak, termasuk komuniti radio amatur.

Beliau turut menekankan bahawa radio amatur bukan sekadar hobi, tetapi satu kemahiran yang mampu menyelamatkan nyawa dengan informasi yang disampaikan.

Sejak ia diperkenalkan pada 2016, Bulan Kesiapsiagaan Nasional telah menjadi platform penting untuk menyatukan komuniti dan agensi penyelamat dalam berkongsi ilmu serta pengalaman mengurus bencana sebenar.

Malaysian Amateur Radio Transmitters’ Society  (MARTS).

Ir Mohd Aris turut mengingatkan semua ahli MARTS agar sentiasa bersedia, memeriksa peralatan masing-masing, dan memastikan ia boleh diguna dan digerakkan serta merta tanpa sebarang halangan ke kawasan kritikal.

Dalam majlis berasingan sempena ulang tahun ke-72 MARTS, Mohd Aris merakamkan penghargaan kepada semua ahli, penggiat radio amatur negara, rakan strategik serta komuniti global atas sokongan berterusan sejak 1953.

Sebagai persatuan radio amatur tertua di Malaysia, MARTS telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mewakili negara dalam International Amateur Radio Union (IARU).

Operasi yang telah dijalankan lebih tujuh dekad, MARTS terus mengharungi pelbagai cabaran demi memperkasa ilmu, teknologi dan khidmat komunikasi kecemasan.

Buat makluman, MARTS ditubuhkan di Pulau Pinang pada 3 Oktober 1953 dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ia telah beroperasi di negeri tersebut sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada 2012.

Perpindahan tersebut bertujuan untuk melancarkan pelaksanaan pelan tindakan “Jangkauan Komuniti MARTS”, bagi memperluas aktiviti radio amatur ke seluruh negara.

MARTS turut menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta organisasi antarabangsa seperti IARU dan International Telecommunication Union (ITU), dalam mempertahankan hak spektrum radio amatur di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram