
AFRIKA merupakan destinasi pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri untuk memikat hati pelancong berkunjung ke benua itu.
Jika dilihat sebelum ini, Cameroon antara lokasi yang menjadi tumpuan saty ketika dahulu dengan pesisiran pantai yang cukup indah.
Namun perkara tersebut menjadi nostalgia saja sekarang ini ekoran pemberontakan yang berlaku pada 2016 yang menyebabkan pelancong kini semakin jarang kelihatan.
Dikongsikan oleh pengurus Seme Beach Hotel di pinggir Limbe, Yann Anoko masih mengingati suasana saat pelancong berduyun-duyun datang ke hotelnya di barat daya Cameroon.
Ia menjadi tumpuan sebelum konflik pemisah yang berlarutan selama sedekad di wilayah yang penduduknya menggunankan bahasa Inggeris.
Dahulu, pelawat membanjiri pantai Limbe yang terkenal dengan pasir hitam gunung berapi.
“Tempat letak kereta ini boleh memuatkan 300 buah kereta. Hari ini, yang datang melancong cuma ada empat,” kata Anoko.
Golongan pemisah mula mengangkat senjata selepas kerajaan bertindak keras terhadap protes masyarakat berbahasa Inggeris yang marah kerana merasakan diri mereka disisihkan dalam negara yang majoritinya berbahasa Perancis.
Sekurang-kurangnya 6,000 orang telah terbunuh akibat pertempuran tersebut. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konflik itu semakin reda, namun ketegangan kembali meningkat ketika pilihan raya presiden Cameroon pada 12 Oktober lalu.
Walaupun aktiviti kumpulan pemisah kurang aktif, tetapi kehadiran tentera di bandar-bandar besar wilayah barat daya termasuk Limbe, sedikit sebanyak mencetuskan soal kestabilan dan keselamatan.
Disebabkan itu, kehadiran pelancong juga turut terjejas selain memberi impak kepada ekonomi penduduk setempat.
“Disebabkan perniagaan yang merosot teruk, jumlah katil di hotel itu telah dikurangkan separuh dan menyebabkan keseluruhan bangunan dalam kompleks hotelnya tidak berpenghuni. Malah hotel terpaksa memberhentikan tiga perempat daripada pekerjanya,” ujar Anoko.
Hotel All Eyes On Me di Idenau mengatakan kebanyakan tetamunya berasal dari negara jiran Nigeria.
Sekatan dan halangan
Menurut Cyprine Okulodomo, tukang kebun Seme Beach Keadaan sudah berkhidmat selama 15 tahun, keadaan itu berubah dan sangat jauh berbeza dengan zaman kegemilangan hotel tersebut.
“Pada hari bekerja, industri minyak di wilayah ini membawa masuk ahli perniagaan, persidangan dan seminar ke hotel berkenaan.
“Pada hujung minggu pula, pelancong datang untuk mandi di tasik dan sungai berair jernih di sekitar kawasan itu, melihat gajah hutan atau melawat kubu Bimbia yang menjadi sebuah monumen peninggalan perdagangan hamba transatlantik.
“Perkara utamanya, pelancong terpesona dengan pemandangan unik pantai hitam legam di kaki Gunung Cameroon iaitu gunung berapi yang masih aktif di kawasan tersebut,” terangnya.
Banyak Sekatan
Sejak krisis bermula, golongan pemisah telah menyeru supaya diadakan mogok “bandar hantu” setiap hari Isnin, semua kedai ditutup dan penduduk tempatan diarahkan supaya kekal di rumah.
Menjelang pilihan raya presiden, tempoh mogok bandar hantu itu kini dilanjutkan sehingga meliputi keseluruhan minggu bekerja.
“Ia bukanlah satu rusuhan, tetapi mogok secara aman. Tetapi ia melumpuhkan aktiviti ekonomi. Perniagaan hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad, manakala hotel pula dibuka tetapi tiada pelanggan,” jelas Anoko.
Beberapa pegawai kerajaan dilaporkan telah cuba mengurangkan kesan negatif keadaan itu dengan mengenakan penalti terhadap perniagaan yang mematuhi seruan mogok tersebut.
Pilihan raya presiden pada 2018, menunjukkan kadar keluar mengundi amat rendah di wilayah barat negara.
Ia menyaksikan Presiden Paul Biya, yang merupakan ketua negara tertua di dunia terus mengekalkan cengkamannya terhadap kuasa yang telah dipegang selama beberapa dekad.
Biya yang tidak menghadiri sebarang acara kempen untuk pilihan raya yang dijangka dimenanginya dengan mudah.
“Keadaan di sini sebenarnya sangat aman,” kata Nina Gaelle, yang berasa lebih tenang dengan kehadiran pihak tentera.
Beliau menggambarkan dirinya sebagai seorang “pelarian”, setelah berpindah tujuh tahun lalu dari sebuah kampung di barat laut, berikutan pengaruh “Amba-boys” iaitu kumpulan militia pemisah bersenjata yang masih kuat.
Kejadian penculikan dan pembunuhan orang awam sering berlaku di sana, dan sekolah serta bangunan melambangkan kuasa kerajaan kerap menjadi sasaran serangan.
Tetamu di hotel Pantai Seme di Limbe awal bulan ini. Penduduk tempatan berharap pelancongan akan bertambah baik di Cameroon selepas pilihan raya 12 Okt.
Pelancong takut
Sebuah hotel kecil bernama All Eyes On Me di Idenau yang mempunyai 10 bilik masih meneruskan operasi meskipun berdepan krisis. Pelanggan utamanya terdiri daripada ahli perniagaan yang dalam perjalanan ke Nigeria.
“Di wilayah lain, pelanggan mungkin “terperangkap di jalan raya akibat operasi bandar hantu tapi tidak di sini,” kata pengurus hotel, Eric Mohntoh.
Sementara itu, pengurus sebuah hotel bertaraf empat bintang di Limbe yang sedar lokasinya masih merupakan kawasan tumpuan pelancong antarabangsa.
“Pelawat cuma ragu-ragu dan mereka fikir ada perang, terutamanya ketika musim pilihan raya. Tetapi sebenarnya keadaan sangat tenang.
“Memang mengambil masa untuk meyakinkan orang ramai. Kami kebanyakannya melakukannya melalui media sosial,” tegasnya sambil menambah bahawa mereka turut menjemput pempengaruh untuk menginap di situ sebagai strategi promosi.
Kembali di Seme Beach Hotel, Anoko yang masih berharap agar konflik berakhir dengan segera dan pelancong kembali semula.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram