
MENYIMPAN atau membiarkan sesuatu barang di tepi pantai atau laut adalah satu kesalahan yang membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan untuk merampas atau menyita harta tersebut dibawah akta kerajaan tempatan 1976 (Akta 171).
Menerusi hantar video di Facebook Borneon Mania, tular situasi di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, yang memaparkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang sedang merampas paddle board di sekitar kawasan pantai tersebut.
“Rampasan paddle board yang berada di tepi pantai, Ini adalah larangan menyimpan atau membiarkan sesuatu di tepi pantai oleh undang-undang,” kata laman Facebook itu.
BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, John hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya
Tangkap layar di ruangan komen dengan dua pandangan berbeza.
Pada masa sama, kelihatan beberapa individu yang mengambil kesempatan cuba menyelamatkan paddle board tersebut dengan menolaknya di pesisiran pantai sementara pihak berkuasa tersebut sedang menjalankan aktiviti rampasan tersebut.
Kejadian berkenaan berjaya menarik perhatian warganet dengan pelbagai pandangan dan reaksi terhadap perkara yang berlaku.
“Tak payahlah begitu, ramai pelancong dekat sana. Buat malu saja, bagi amaran dulu kan bagus,” kata seorang pengguna media sosial di ruangan komen yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak PBT tersebut.
“Tiada peraturan, tiada tamadun. Suka-suka buat cara ikut kepala sendiri. Bila tegur pandai pula nak bergaduh. Pandai pula seolah-olah kawal kawasan,” komen seorang lagi yang seakan-akan bersetuju dengan tindakan tersebut.
Tiada kenyataaan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara itu setaka ini.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram