
MENGEMBARA merupakan peluang yang bukan semua individu dapat rasai dan tidak semua orang mampu melakukannya.
Namun, ada juga yang bercita-cita untuk menjadikan pengembaraan itu sebagai pekerjaan sepenuh masa.
Mungkin ramai yang bertanya bagaimana hendak mendapat peluang tersebut. Dikongsikan menerusi sebuah video di akaun Facebook Ahmad Isa, digariskan empat langkah untuk sesiapa yang berhasrat mengembara sepenuh masa dan ilmu itu diperoleh hasil pembacaanya menerusi buku bertajuk DEAL.
BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, John hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya
Pertama huruf D yang membawa maksud Define (tentukan).
“Anda kena tentukan apakah kehidupan yang dimahukan, macam mana anda nak menjelajah sama ada cara backpackers, berbasikal atau pakej dan sebagainya. Anda perlu tentukan hal ini,” katanya.
Kemudian, kenal pasti apa yang anda ada sekarang yang merujuk kepada perkataan kedua iaitu E, Eliminate (singkir).
“Lepas dah tentukan, anda kena singkirkan apa yang anda ada. Kalau nak travel, banyak benda anda kena give up contoh keselesaan dan rumah besar. Mungkin kalau kereta, pakai yang kecil saja atau bayar tunai, buat senarai.
“Macam saya, waktu 2016 saya keluar terus dari rumah sewa dan langsung tidak ada rumah,” ujarnya.
Ketiga, automation (automasi) yang membawa maksud sistem perlaksanaan tugas yang sudah boleh bergerak sendiri atau secara automatik.
“Maksudnya, kalau anda sedang bekerja sekarang ini, apa perkara yang anda boleh bagi orang lain buat. Jadi hanya fokus kepada kekuatan saja dan kelemahan anda bagi orang lain buat supaya anda ada kebebasan dan keempat Libertion (liberasi),” terangnya yang juga seorang arkitek.
Liberation merujuk kepada pencarian kerja yang anda boleh buat di mana-mana saja.
Isa Ahmad mula dikenali sejak pengembaraannya untuk menunaikan ibadah Haji dari Malaysia bersama isterinya dengan berbasikal untuk ke sana.
Maka, itulah perkara yang telah dipraktikkan oleh Ahmad Isa sejak 2016 dan dia bersyukur dengan empat langkah tersebut membolehkannya untuk menjadi pengembara sepenuh masa.
“Mungkin dalam masa setahun dua ini agak susah untuk capai empat perkara ini tapi jangan laju-laju sangat, perlahan-lahan kayuh. InsyaAllah anda boleh dapat apa yang diimpikan dan saya doakan kepada semua yang mengimpikannya,” pesannya.
Tangkap layar diruangan komen.
Bagaimana pun video tersebut mengundang pelbagai perspektif dari pengguna di media sosial yang melihat perkara itu hanya sesuai dilakukan kepada mereka yang memiliki kestabilan kewangan saja.
“Kalau kita buat macam dia tak berasap la dapur, makan anak bini hahahaha,” pandangan seorang di ruangan komen.
“Pernah buat?,” balas ringkas Ahmad Isa yang mengembara bersama isterinya, Noradilah Mohd Sapie selama 15 bulan dan pernah menghasilkan novel travelog berjudul Ustazah Basikal.
Akan tetapi terdapat juga komen positif yang dikongsikan oleh beberapa individu yang meminta kita mencari jalan yang terbaik dan berharap pada Allah.
“Sentiasa cari penyelesaian terbaik dalam membuat pilihan. Besarkan penyelesaian dan kecilkan masalah, bila menghadapi cabaran yang datang. Jalinkan hubungan silaturahim dengan orang yang baru kita temui, boleh jadi itulah antara punca rezeki yang kita tak nampak.
“Setiap orang ada rezekinya yang sudah ditentukan, kita hidup terus bergantung dan berharap kepada Allah SWT dengan terus berdoa, berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan kita.
“Semoga anda berdua terus diberikan kemurahan rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik berkekalan dan diberikan keberkatan umur dalam kehidupan serta terus menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menyuburkan kebaikan sesama insan,” balas komen positif daripada salah seorang pengguna di ruangan komen.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram