Tarian klasik kanak-kanak 7 tahun pukau penonton di Ipoh


  • Hobi
  • Ahad, 12 Okt 2025

Setiap persembahan juga menjadi bukti kepada dedikasi, disiplin dan semangat pelajar terhadap seni suci Bharatanatyam.

BAIK tarian klasik Melayu, Cina, India mahupun tarian tradisional Sabah dan Sarawak, ia merupakan sebuah pergerakan yang tidak mudah dan memerlukan latihan yang kukuh untuk menonjolkan seninya ketika ia dipersembahkan.

Detik yang cukup membanggakan buat P. Manisha yang baru saja berusia tujuh tahun apabila dia mempersembahkan tarian Bharatanatyam, di hadapan hampir 1,000 penonton selepas menjalani latihan selama tiga tahun.

“Saya tidak berasa gementar kerana saya sangat menyukai Bharatanatyam dan guru tarian  telah melatih saya dengan baik.

BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kisah bayar RM1 janji pantai Sipitang bersih, nama Terengganu juga dipetik miliki kualiti sama walaupun percuma

Persembahan tersebut sempena upacara ‘Salangai Poojai.

“Saya mahu terus memperbaiki kemahiran saya dan berharap suatu hari nanti dapat menjadi penari tarian tradisional India yang terkenal,” tambah Manisha.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu baru saja membuat persembahan tersebut sempena upacara ‘Salangai Poojai’ yang merupakan satu pencapaian penting dalam kehidupan seorang penari Bharatanatyam.

Manisha berasa amat berbesar hati diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas dan menjadi individu termuda daripada 14 penari, yang mengambil bahagian dalam acara ‘Chilamboli’ kali keenam yang diadakan di Dewan Chellapas, Ipoh, Perak.

Bukan setakat itu, acara tersebut turut disertai oleh 25 penari senior dari Lembah Klang serta dari Ipoh, Gopeng dan Tapah, Perak.

Di bawah bimbingan guru tarian klasik Srimati N. Vignesgwari, kejayaan tersebut menjadi sebuah kebanggan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Beliau menggambarkan ‘Salangai Poojai’ sebagai satu bentuk majlis graduasi selepas pelajar berjaya menamatkan latihan intensif selama beberapa tahun.

Ia merupakan detik penting dalam perjalanan seni tarian mereka kerana ia menandakan kesediaan mereka untuk melangkah dari peringkat asas ke tahap yang lebih profesional.

Setiap persembahan juga menjadi bukti kepada dedikasi, disiplin dan semangat pelajar terhadap seni suci Bharatanatyam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot, dan melihat sendiri persembahan muzik klasik tradisional.

“Acara seperti ini memainkan peranan penting dalam memastikan warisan budaya kita terus hidup dan dapat diwariskan kepada generasi muda.

“Saya berasa bangga melihat ‘Chilamboli’ menjadi pentas bagi menzahirkan seni, bukan sahaja untuk tujuan pendidikan tetapi juga bagi memperkukuh perpaduan budaya di negara ini,” katanya.— TheStar/VENESA DEVI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram