
TAHUN ini pelbagai lokasi menarik ditonjolkan di negeri yang mempunyai jambatan ikonik negara iaitu Pulau Pinang.
Selain terkenal dengan tempat makanan viral, Pulau Pinang telah meningkatkan sektor pelancongan bagi menarik pelancong tempatan mahu pun luar negara untuk hadir ke sana.
Kali ini, berkonsepkan air yang mencipta biru berkilauan bersama visual ikan dan ikan lumba-lumba meluncur laju, dan sisa peninggalan purba menjadi sebuah lagi tempat menarik untuk dikunjungi di Aquamarine: Penang’s Blue Haven – Life Beneath the Surface.
BACA LAGI: Ingin mengembara sepenuh masa? Berikut 4 langkah yang boleh merealisasikan impian anda
BACA LAGI: Dunia seni dari layar perak, John hasilkan figura terpakai sebagai bentuk perjuangan berkarya
Rangka dugong menjadi tarikan utama.
Ini merupakan sebahagian daripada pengalaman pameran yang luar biasa yang menemukan pengunjung dengan kehidupan marin melalui bilik digital imersif.
Berakhir pada 15 November, pameran tersebut bertujuan mencetuskan perbincangan dan renungan tentang pemuliharaan alam sekitar terutamanya dalam sektor perairan negara.
Selain itu, terdapat juga pameran batu karang, tapak sulaiman, moluska, obor-obor dan spesimen ikan dalam akuarium ikan badut.
Ketika pelancaran di Galeri Seni Negeri Pulau Pinang (PSAG) di Dewan Sri Pinang, George Town, rangka dugong dan ikan lumba-lumba serta spesimen penyu hijau turut diletakkan untuk menarik perhatian ramai.
Tapak sulaiman enam lengan Pulau Pinang (Luidia penangensis)
Turut dipamerkan ialah tapak sulaiman enam lengan Pulau Pinang (Luidia penangensis), yang ditemui pada 1891 oleh ahli taksonomi Perancis, M. de Loriol.
Obor-obor kinetik (dibina menggunakan payung, fabrik dan reben) bergerak melalui sistem canggih turut mewarnai ruang tersebut dan mampu menarik minat pemburu swafoto.
Di samping itu, artis tempatan turut menyumbang 15 karya seni bertemakan laut, termasuk lukisan, seramik, instalasi dan seni video.
Sudut permainan kanak-kanak juga disediakan bagi membolehkan mereka mencari cengkerang tersembunyi di dalam pasir, manakala pengunjung dewasa boleh mencuba memakai peralatan selam di sudut skuba.
Terdapat juga ruang penghormatan kepada ahli biologi marin, Allahyarham Profesor Datuk Dr Zulfigar Yasin, yang terkenal dengan koleksi spesimen dan fotografi bawah airnya.
Pengarah PSAG, Haryany Mohamad berkata, pameran tersebut merupakan penghargaan dan langkah pertama ke arah pemuliharaan.
“Pameran ini direka untuk memupuk kesedaran, keprihatinan dan tanggungjawab terhadap pemuliharaan ekosistem akuatik serta biodiversiti.
“Tidak kira apa latar belakang anda, pasti pengunjung akan terpesona dan diharapkan dapat merasakan hubungan yang lebih mendalam dengan keajaiban marin ini,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, berkata seni boleh menjadi medium penyampaian ilmu, membolehkan orang ramai mengalami dunia yang jarang dilihat.
“Pulau Pinang bertuah kerana dikurniakan keajaiban semula jadi seperti yang dibuktikan melalui pewartaan Bukit Bendera sebagai Rizab Biosfera UNESCO pada 2021.
“Namun ramai tidak menyedari bahawa kawasan seluas 12,481 hektar itu turut merangkumi hutan hujan tropika pesisir pantai, paya bakau, tanah lembap, perairan marin dan terumbu karang,” ujarnya.
Pengunjung melihat pemasangan obor-obor kinetik antara acara kemuncak pameran Aquamarine di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
Dikaitkan kawasan tersebut menjadi habitat kepada pelbagai spesies endemik terancam seperti ikan lumba-lumba Irrawaddy, tenggiling Sunda, burung migrasi dan penyu yang menjadi warisan bersama.
Pameran berkenaan dijalankan dengan kerjasama Pusat Kajian Marin dan Pesisir (Cemacs) Universiti Sains Malaysia, Institut Oseanografi dan Alam Sekitar (Inos) Universiti Malaysia Terengganu, Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang, Jabatan Perikanan Pulau Pinang, dan De Comate Sdn Bhd.
Ia merupakan kesinambungan kepada pameran terdahulu di PSAG iaitu “Belang: Save the Malayan Tiger Campaign (2020), Langur: Building Bridges Between Our Worlds (2021), dan Megastua: Taxidermy = Art + Sciences Combined (2023).
Apalagi, rancang perjalanan anda dan hadirkan diri ke sini kerana pameran tersebut dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang (kecuali Jumaat dan cuti umum) dan masuk adalah percuma.— TheStar/JEREMY TAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram