
ZAMAN digital dan teknologi memperlihatkan semakin ramai pengembara menggunakan chatbot AI (kecerdasan buatan) untuk merancang perjalanan atau percutian.
Sepertimana seorang wanita Amerika Syarikat telah menyedari dan menerima nasihat yang salah apabila diarahkan ke sebuah muzium yang sebenarnya tidak beroperasi pada hari kejadian.
Seorang perunding pemasaran dari Oregon, Amerika Syarikat, Orit Ofr, menggunakan ChatGPT untuk mendapatkan nasihat perjalanan semasa lawatan terbarunya ke Paris, Perancis.
Kajian oleh ABTA mendapati peratusan individu yang menggunakan AI untuk merancang perjalanan mereka meningkat sebanyak empat peratus.
Namun, chatbot tersebut juga telah melakukan beberapa kesilapan dalam memberi informasi, termasuk mencadangkan lawatan ke Musée d'Orsay pada hari Isnin sedangkan muzium itu tidak dibuka pada tersebut.
“Saya juga bertanya tentang restoran yang terletak dalam jarak berjalan kaki 10 minit dari Menara Eiffel, tetapi ia memberi saya cadangan restoran yang sebenarnya lebih jauh dan mengambil masa lebih kurang 20 minit jauhnya,” katanya menurut laporan USA Today.
Situasi itu terjadi kepada ramai pelancong Britain yang menggunakan teknologi tersebut untuk mendapatkan infomasi pelancongan. Bahkan jumlahnya meningkat dua kali ganda dari tahun lepas.
Kajian oleh ABTA mendapati peratusan individu yang menggunakan AI untuk merancang perjalanan mereka meningkat sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kini, nisbah satu daripada 12 orang menggunakan teknologi berkenaan untuk tujuan tersebut. Penemuan ini menunjukkan bahawa AI mula memainkan peranan yang semakin besar dalam mempengaruhi keputusan berkaitan percutian.
Pakar AI, Jonas Muthoni, yang telah menganalisis ribuan kandungan yang dijana turut menguji ChatGPT untuk percutian terbarunya ke Kenya.
AI itu dengan yakin mencadangkan lawatan ke Taman Negara Maasai Mara semasa musim penghijrahan utama tanpa menyebut bahawa keadaan jalan yang sesak dan ramai pelancong, menjadikan beberapa rumah penginapan tidak dapat diakses.
“AI itu mengambil maklumat daripada laman web pelancongan lama dan bukannya sumber tempatan yang terkini,” ujarnya.
Pengurus pemasaran digital, Milton Brow, turut mengambil inisiatif untuk menguji ChatGPT terhadap percutiannya baru-baru ini.
Menurut laporan itu, ChatGPT mencadangkan hotel 40 peratus lebih mahal harganya berbanding pilihan lain yang mempunyai penarafan setaraf di jarak yang hanya tiga blok daripada hotel berkenaan.
“Hotel-hotel yang disyorkan itu sebenarnya menjalankan kempen pemasaran digital agresif yang menyasarkan kata kunci yang digunakan untuk melatih AI tersebut,” ujarnya.
ABTA menjangkakan bilangan pengguna AI akan terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang, kerana 43 peratus responden mengatakan mereka berasa yakin pada tahap tertentu.
Seterusnya, membiarkan alat AI merancang percutian mereka, manakal 38 peratus lagi berasa yakin untuk membiarkannya membuat tempahan bagi pihak mereka.
Namun begitu, kajian itu juga mendapati bahawa carian internet dan cadangan daripada rakan serta keluarga masih menjadi kaedah paling biasa digunakan untuk menentukan destinasi percutian.
Mereka turut mendapati bahawa “sumber tradisional” seperti risalah pelancongan masih digunakan dalam nisbah satu daripada empat pelancong.
Ketua Eksekutif ABTA, Mark Tanzer, berkata peningkatan penggunaan AI sebagai sumber inspirasi percutian mencerminkan bagaimana tingkah laku pengguna sedang berubah. Bukan setakat dalam industri pelancongan malah di sektor lain juga.
“Bagi sektor kami, cabarannya adalah untuk memanfaatkan potensi AI bagi menyokong perniagaan, sambil terus mengekalkan dan meraikan nilai sentuhan peribadi. Ini termasuk kepakaran yang datang bersama tempahan melalui ejen pelancongan atau pengendali lawatan,” jelasnya.
Peningkatan penggunaan AI ini berlaku seiring dengan penemuan ABTA tentang perubahan jumlah pelancong yang menunjukkan kadar tertinggi bagi percutian solo sejak ABTA mula menjejak data tersebut pada 2014.
Ketika hanya 13 peratus individu mengambil percutian solo, dan kini mengatasi rekod tertinggi tahun lalu sebanyak 17 peratus.
Kajian Holiday Habits oleh ABTA berdasarkan temu buat sebanyak 2,000 orang dewasa di United Kingdom antara 21 Julai hingga 1 Ogos.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram