Punyai keistimewaan buatan tersendiri, ketahui 10 jenis kain songket tenunan Brunei 


  • Hobi
  • Isnin, 13 Okt 2025

Kain songket tenunan Brunei memiliki seni menawan yang tersendiri.

 

KAIN songket tenunan Brunei memiliki seni dan corak yang tersendiri. Mungkin saja nampak sama seperti kain tenun yang ada di Malaysia namun ia memiliki teknik dan jenis kain yang tersendiri.

Berikut adalah 10 jenis kain songket tenunan Brunei yang dipakai oleh rakyat di sana yang menjadi budaya pemakaiannya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

BACA LAGI: Usia emas masih sesuai hasilkan karya muzik, mampu bantu tajamkan fikiran

BACA LAGI: [VIDEO] Tak kisah bayar RM1 janji pantai Sipitang bersih, nama Terengganu juga dipetik miliki kualiti sama walaupun percuma

 

 

 

 

Kain Tenun Budai

Kain Tenun Budai dikenali atau nama lainnya kain tanjung membawa maksud kosong kerana tidak mempunyai sebarang motif pada isi kain. Tumpuannya hanya pada punca dan tepi kain dengan padanan satu atau dua warna sahaja.

 

 

 

 

Kain Tenun Budai Berinti

Kain ini juga tidak mempunyai motif pada isi kain namun memberikan lebuh tumpuan kepada punca dengan warna (inti) atau lebih mudah dikenali sebagai punca Silubang Bangsi.

 

 

Kain Jong Sarat

Kain Jong Sarat merupakan salah satu daripada jenis kain tenunan Brunei yang tertua dan paling terkenal di Brunei. 

Jong Sarat dinamakan dari reka bentuk Jong (perahu) dan Sarat  bermaksud penuh. Selalunya, kain Jong Sarat menggunakan dua warna asas iaitu pada latar belakang dan motif kain kebiasaannya menggunakan benang emas atau perak.

Kini, kain tersebut diubahsuai sedikit dengan penampilan dua warna benang berbeza pada punca dengan tepi kain dengan tujuan menampak ia lebih segar dan bergaya.

 

 

Kain Bertabur

Motif yang menghiasi isi kain disusun secara berulang-ulang dengan susunan secara bertabur demgam jarak seimbang serta tidak berkait di antara satu bunga dengan bunga yang lain.

Jika motif bertabur diselitkan warna, maka ia disebut sebagai Kain Bertabur Berinti manakala jika disusun berlainan secara selang seli sebut sebagai Kain Bertabur Beranak.

 

 

Kain Beragi

Istilah beragi merujuk kepada hiasan reka bentuk segi empat segi sama atau kotak. Corak ini biasanya terdiri daripada garis, garis berwarna dan garis yang berbeza untuk membentuk corak di pertengahan. 

Kilat kotak (ragi) ia diisi dengan motif bunga, maka kain tersebut dinamakan sebagai Kain Bertabur Beragi.

 

 

 

 

Kain Berturus

Berturus bermaksud garisan berbentuk jalur menegak. Hiasan untuk badan jalur itu adalah corak memanjang yang mengalir di antara dua sempadan, bahagian tepi atas dan tepi kain.

 

 

Kain Arap Gegati

Kain ini punya memiliki motif susunan bunga sama seperti kain Bertabur, namun ia mempunyai kelebihan dengan tambahan satu motif bungan yang dinamakan sebagai ‘Kidu’.

 

 

Kain Silubang Bangsi

Kain ini merupakan salah satu kain tenunan Brunei yang paling bergaya. Nama Silubang Bangsi diambil daripada perbuatan mengisi lubang. 

Ia juga menggunakan motif berulang yang disusun sepenuhnya pada isi kain dengan menggunakan benang emas, perak dan beberapa warna pertengahan untuk digunakan pada corak bunga.

 

 

 

 

Kain Liputan Madu

Rekaan Kain Liputan Muda merupakan salah satu daripada corak tekstil terbaharu yang diklasifikasikan di bawah polo susunan bunga penuh. 

Liputan pula membawa maksud ‘persekitaran’ dan ‘Madu’ pula merujuk kepada madu.

Kedua-duanya memperlihatkan motif bunga geometri yang disusun berulang kali dan latar belakang dalam warna tunggal. 

Benang emas dan logam digunakan untuk membentuk bunga yang akan kelihatan berterabur di atas badan kain.

 

 

Kain Sipugut

Kain Sipugut diambil dari perkataan pugut dalam bahasa Melayu Brunei membawa maksud sifat kasar dan suka merosak, kerana perbuatan penenun menggunakan beberapa warna benang yang berbeza untuk mengolah isi kain.

Namun cetusan kreativiti ini mampu menghasilkannnya sebagai salah satu tenunan Brunei yang terbaik dan paling rumit seninya.

Reka bentuknya berasal daripada kain Sukma Indera yang lebih tua dan melalui beberapa pengubahsuaian dengan tambahan ciri yang khusus dan tertentu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Tenunan, budaya, songket, kain, tradisional, Brunei