Tentang Majoriti
Refleksi Tanpa Prejudis! Tiga slogan kata kunci ini cukup untuk menggambarkan kekuatan portal Majoriti yang dibangunkan sebagai platform untuk mengangkat suara rakyat.
Laporan tanpa prejudis yang diketengahkan mengambil kira kepentingan semua kaum, bangsa dan agama sesuai dengan definisi majoriti yang membawa maksud bilangan terbesar dalam konteks demokrasi.
Portal ini secara rasmi beroperasi pada 1 Oktober 2021 yang menawarkan kepelbagaian kandungan berita berfakta disasarkan kepada semua peringkat pembaca yang memilih Bahasa Malaysia sebagai medium komunikasi.
Majoriti turut bertujuan mengimbangi penyampaian kandungan berita yang lebih konklusif, eksklusif serta mendekati kumpulan sasar yang cenderung kepada kandungan berkaitan isu-isu semasa dalam dan luar negara, keagamaan, sukan, jenayah, mahkamah dan politik.
Sebagai memartabatkan suara rakyat, Majoriti turut mencari kelainan dengan mewujudkan segmen Massa dan Netzkorner bagi memastikan isu kepentingan rakyat dapat disampaikan dengan lebih jelas, lantang, telus dan adil.
Ikuti media sosial Majoriti: