Penduduk di Kepong susah hati tiada 'line' telefon, internet angkara penyangak kabel


  • Massa
  • Isnin, 13 Okt 2025

Yee (kiri) dan penduduk menunjukkan kabel yang telah dilucutkan tembaganya dan ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Jalan Ehsan Utama.

PENDUDUK di Kepong, Kuala Lumpur, berasa kecewa dengan kejadian kecurian kabel yang kerap berlaku di kawasan kejiranan Jalan Ehsan Utama.

Insiden kecurian pertama dilaporkan berlaku pada 17 September dan mendapati pencuri hanya mahukan tembaga di dalam kabel tersebut kerana sarung kabel ditemui di tepi jalan.

Menurut seorang penduduk, selepas kejadian itu, kawasan berkenaan telah menjadi sasaran pencuri sebanyak tiga kali, iaitu dua kali pada 5 Oktober dan sekali lagi pada 6 Oktober.

BACA LAGI: Menulis novel, ambil gambar antara 5 hobi kreatif asah kemampuan diri selesaikan apa jua masalah hidup

BACA LAGI: Perbelanjaan mencanak angkara terlalu percayakan ChatGPT, percutian wanita bertukar menjadi 'mimpi ngeri'

 

 

cable theft in broad daylight for three consecutive days..—ONG SOON HIN/The Star Reporter : Joe’s priwa

Potong kabel menyebabkan gangguan telefon dan Internet.

Kecurian berulang itu telah menjejaskan sambungan telefon dan Internet di beberapa buah rumah, menyebabkan keluarga dan penduduk di situ menghadapi kesukaran menjalani rutin harian.

“Lima rumah telah terjejas,” kata seorang lagi penduduk yang turut memaklumkan bahawa kecurian tersebut turut merosakkan kabel lain yang masih ada.

Aktivis komuniti, Yee Poh Ping berkata, aduan telah dibuat kepada Telekom Malaysia pada 2 Oktober manakala laporan polis pula dibuat pada 5 Oktober di Balai Polis Desa Jaya, Taman Ehsan.

“Hampir 100 meter kabel telah dicuri,”ujar Yee.

Yee memaklumkan bahawa kakitangan Telekom Malaysia telah melawat lokasi pada 6 Oktober dan berjaya memulihkan sambungan ke rumah-rumah yang terjejas selepas kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Penduduk kini menyeru pihak berkuasa meningkatkan langkah keselamatan di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian berulang. — The Star/M. JIWA PRIYAA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

curi, kabel, eletrik, Kepang, penduduk, talian