
BERCERITA mengenai kain tenun songket tradisional, perkara yang selalu bermain di fikiran masyarakat tempatan adalah majlis perkahwinan atau pun pengantin.
Ya, selalunya kain tenun dipakai ketikan majlis rasmi bagi menyerikan lagi majlis dan selalunya ia pakai oleh pengantin atau orang kenamaan.
Namun tahukah anda, kain tenun songket tradisional daripada Brunei khusus dalam bentuk sampin memiliki budayanya yang tersendiri.
BACA LAGI: Suara Palestin curi tumpuan ekspresi seni di New York
BACA LAGI: Kraftangan tempatan perkukuh kerjasama, meraikan identiti budaya ASEAN
Antara corak kain tenunan Brunei.
Dari sedut pembuatan atau kaedah untuk menghasilkannya tidak mempunyai perbezaan yang ketara.
Namun, di negara tersebut pemakaian kain itu menjadi satu tradisi atau kewajiban bagi mereka yang menghadiri mana-mana majlis perkahwinan.
Penenun Brunei, Rahani BMDSS Adanan, 62, berkata, kain tenun menjadi sebuah pakaian yang biasa dan perlu ada bagi setiap orang lelaki Brunei.
Sudah menenun sejak berumur 18 tahun, Rahani menekankan kain tenun tidak banyak beza di Malaysia hanya kekerapan ia dipakai saja sedikit membezakan budaya di Brunei.
Songkok antara pakaian lelaki yang hasil oleh kebanyakkan tangan wanita di Brunei.
Ini kerana ia menjadi pakaian rasmi di sesebuah majlis kahwin walaupun sebagai tetamu jemputan.
“Selalunya, kain tenun songket samping ini dipakai oleh pengantin saja, tapi di Brunei semua orang yang datang majlis kahwin mesti pakai kain songket tidak kira sama ada orang dewasa atau kanak-kanak.
“Bagi wanita pula selalunya pakai baju kurung biasa,” katanya ketika ditemui di Pameran pameran ASEAN Seni & Kraf, baru-baru ini.
Beliau yang berasal daripada Kg. Burung Pingai Berakas, Brunei, memaklumkan jika ada tetamu yang datang ke majlis perkahwinan dengan bersongkok dan berbaju T, itu menandakan dia baharu saja pulang dari majlis pengebumian.
“Kalau nampak saja orang pakai songkok dan baju T, maknanya dia baru saja pulang dari majlis kematian seperti doa selamat atau pengebumian.
“Orang yang nampak pasti akan tanya “siapa meninggal?”. Situasi ini memang normal, sebab itu bila anda ke majlis kahwin di Brunei, jangan pelik atau terkejut kalau nampak hampir semua orang memakai kain tenun. Budaya ini tidak pernah berubah,” ujarnya.
Penenun kain song Brunei, Rahani BMDSS Adanan.
Turut dikongsikan oleh Rahani, di Brunei, kemahiran menghasilkan kain tenun songket tradisional boleh dipelajari melalui khusus yang yang ditawarkan oleh beberapa komuniti atau kumpulan.
Sesi pembelajaran selalunya dipelajari selama tiga tahun. Selain daripada tenunan, terdapat juga kursus anyaman dan songkok yang juga dihasilkan selalunya dihasilkan oleh kaum wanita.
Kemudian, bagi lelaki pula lebih kepada pembuatan perak dan tembaga, hanya segelintir kaum wanita saja disertai oleh kaum wanita di sana.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram