Ketahui 5 kos tersembunyi buat ramai tidak berkenan beli motosikal baharu berbanding model terpakai


  • Hobi
  • Isnin, 06 Okt 2025

Motosikal terpakai sudah pun melalui fasa susut nilai, jadi harga jualan tetap dan lebih stabil.

 

 

MEMILIKI sebuah motosikal bukan sekadar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Ia tentang, kemudahan, kesesuaian, kebebasan dan seronok di atas jalan raya.

Jadi, motosikal sering dilihat sebagai pilihan mampu milik dan praktikal, namun apabila tiba waktu untuk memilih model motosikal, pastinya harga menjadi pertimbangan termasuk keputusan memilih motosikal baharu atau terpakai.

Betul yang baharu nampak menarik, tetapi sebenarnya ada kos tersembunyi yang ramai tidak sedar.

BACA LAGI: Suara Palestin curi tumpuan ekspresi seni di New York

BACA LAGI:: Remaja obses bina badan cenderung alami kesunyian — Pakar

Ramai pembeli tidak perasan bahawa motosikal baharu datang dengan pelbagai kos tambahan yang cepat tiba-tiba saja harga yang tinggi.

Sebab itu kebanyakkan pemilik motosikal terpakai dikatakan lebih bijak berbanding individu yang membeli motosikal baharu.

Maka, berikut adalah lima kos tersembunyi di sebalik motosikal baharu yang patut anda tahu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

 

 

motorbike on the road riding. having fun driving the empty road on a motorcycle tour journey. copyspace for your individual text. Fast Motion Blur effect

Motosikal baharu lebih mahal insurans berbanding motosikal terpakai.

Premium insurans yang lebih tinggi

Buat individu yang pertama kali ingin membeli motosikal, dimaklumkan bahawa insurans untuk motosikal baharu jauh lebih tinggi berbanding motosikal terpakai.

Disebabkan motosikal terpakai biasanya mempunyai nilai pasaran yang lebih rendah, anda akan bayar lebih murah untuk insurans setiap tahun.

Dalam kata mudah, motosikal lama biasanya lebih murah untuk dibaiki atau diganti, jadi premium insurans juga lebih rendah.

Mungkin nampak macam tidak beza jauh harganya namun jika dikira semula, penjimatan tersebut boleh cecah ratusan ringgit setahun, duit yang lebih baik digunakan untuk minyak atau duit belanja ketika konvoi.

Cukai jalan dan yuran pendaftaran

Kalau ada insurans mestilah ada cukai jalan. Beli motosikal baharu juga perlu bayar cukai jalan dan yuran pendaftaran yang lebih tinggi berbanding motosikal terpakai.

Kenapa? Yuran ini biasanya dikira berdasarkan usia motosikal dan kapasiti enjinnya, bukan berapa duit yang anda bayar untuk membeli.

Enjin besar hampir pasti cukai jalannya lebih tinggi. Malah, di sesetengah kawasan, caj masih dikira ikut spesifikasi asal motosikal, yang boleh membuatkan kos awal untuk model baharu jauh lebih tinggi berbanding model lama.

Motosikal terpakai pula selalunya datang dengan kos yang lebih rendah dan sudah tetap, harga sudah mati.

 

 

Aksesori baharu menjadi kepastian untuk motosikal baharu dan itu adalah kos tambahan yang agak tinggi.

Aksesori wajib dan tambahan

Jangan fikir kos motosikal baharu berhenti pada harga jualan sahaja. Motosikal baharu selalunya memerlukan anda beli aksesori tambahan seperti helmet, kunci dan banayk lagi kerana kebanyakannya tidak termasuk sekali.

Motosikal terpakai pula sering dijual secara pakej oleh pemilik yang melengkapkan pembelian dengan aksesori yang sedia ada pada motosikal atau barangan lama. Automatik dapat dan tak perlu keluar duit tambahan.

Caj pengedaran antara yang wajib dikenakan untuk motosikal baharu.

Caj pengedar dan pemprosesan

Kebanyakan pengedar motosikal baharu akan meletakkan caj pemprosesan, caj penghantaran dan kadang-kadang mereka menggalakkan anda beli waranti tambahan.

Walaupun ada motosikal terpakai yang mungkin ada caj pengurusan, tetapi biasanya lebih mudah dan hanya melibatkan kerja pentadbiran untuk memuktamadkan jualan.

Tiada caj tambahan untuk pemasangan atau kos berkaitan pengeluaran. iMotorbike antara platform yang menawarkan waranti, polisi pemulangan dan pemeriksaan yang berpatutan. Ini memastikan pembelian pelanggan selamat, telus dan mudah, dengan harga yang lebih rendah berbanding motosikal baharu.

 

iMotorbike antara platform yang cukup sesuai dan menjaga harga bagi motosikal terpakai.

Susut nilai yang bermula sebaik sahaja ditunggang

Jangan lupa tentang susut nilai. motosikal baharu semestinya akan terus jatuh nilai sebaik sahaja ia keluar dari bilik pameran kerana ia tidak lagi dianggap barang ‘panas’.

Jadi logiknya di sini, motosikal terpakai sudah pun melalui fasa susut nilai tersbeut, jadi harga jualan tetap dan lebih stabil.

Bagi kebanyakan pembeli, inilah sebab utama kenapa motosikal terpakai dikatakan lebih bijak. Namun pastikan bajet pembelian anda tiada penambahan yang terlalu tinggi sehingga merasakan motosikal yang di beli mahal.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram