Sukan kegemaran anak? Awas ibu bapa, pakar dedah bahaya menanduk bola sepak


  • Sihat
  • Sabtu, 04 Okt 2025

Menanduk bola sepak boleh beri kesan pada otak namun masih belum terdapat kajian yang mencukupi untuk membuat saranan umum mengenai had tandukan.

MENANDUK bola ketika bermain bola sepak adalah satu pergerakan yang normal tidak kira anda pemain atau penjaga gawang gol.

Pelbagai situasi yang membolehkan pemain menandukkan bola menggunakan kepala. 

Dahi atau umbun kepala antara bahagian yang sering digunakan untuk anda menanduk bola tersebut.

BACA LAGI: Suara Palestin curi tumpuan ekspresi seni di New York

BACA LAGI: Remaja obses bina badan cenderung alami kesunyian — Pakar

 

Paulo Josue - FAM

Satu bahagian otak di antara bahan putih dan kelabu yang mengalami kerosakan paling teruk akibat tandukan.

Akan tetapi, bukti semakin kukuh bahawa menanduk bola sepak dikaitkan dengan kecederaan otak dan kemerosotan kognitif.

Penyelidik kesihatan di Amerika Syarikat mengeluarkan amaran baharu selepas proses imbasan dilakukan, mereka mengenal pasti kawasan tepat di belakang dahi adalah bahagian yang paling banyak mengalami kerosakan.

Kajian tertibatan jurnal Neurology dan Jama Network Open dari Universiti Columbia, melaporkan bahawa terdapat satu bahagian otak di antara bahan putih dan kelabu yang mengalami kerosakan paling teruk akibat tandukan.

“Bahagian tersebut terletak pada lapisan luar otak yang berada di posisi tepat di belakang dahi,” kata penyelidik sambil memberi amaran bahawa kerosakan yang berlaku boleh menyebabkan defisit kognitif.

Pada masa yang sama, mereka menyatakan bahawa masih belum ada bukti bahawa menanduk bola secara langsung menyebabkan kecederaan, sebaliknya kajian mereka hanya menunjukkan kebarangkalian yang tinggi.

“Pemain yang paling kerap menanduk bola dilaporkan melebihi 1,000 kali setiap tahun dan mereka mempunyai kerosakan mikrostruktur yang jauh lebih besar pada bahan putih berhampiran sulkus serebrum otak di korteks orbitofrontal, tepat di belakang dahi,” lapor penyelidik.

Penyelidik telah lama mengkaji risiko aksi tandukan bola berkenaan. Namun Profesor Radiologi dan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Columbia Vagelos College of Physicians and Surgeons, Dr Michael Lipton berkata, kajian itu menunjukkan buat pertama kali pendedahan kepada hentakan kepala berulang dikeluarkan.

“Ia menyebabkan perubahan khusus pada otak yang seterusnya menjejaskan fungsi kognitif,” katanya.

Beliau berkata bahawa masih belum terdapat kajian yang mencukupi untuk membuat saranan umum mengenai had tandukan.

“Tetapi dalam kajian mereka, individu yang hanya menanduk bola sepak dua kali seminggu menunjukkan imbasan otak yang serupa dengan atlet sihat yang tidak terlibat dalam sukan sentuhan.

“Sejak kematian bekas pemain bola sepak profesional England, Jeff Astle, yang meninggal dunia pada tahun 2002 pada usia 59 tahun selepas disahkan menghidap demensia, amaran mengenai bahaya telah dikeluarkan.

“Perkara yang berlaku kemungkinan akibat bertahun-tahun menanduk bola sepak semakin meluas,” ujarnya.

Seorang lagi pemain bola sepak England dan pemenang Piala Dunia 1966, Jack Charlton meninggal dunia pada 2020 ketika berusia 85 tahun.

Dimaklumkan oleh keluarganya demensia yang dialami pemain tersebut sebelum kematian kemungkinan besar berpunca daripada kerjayanya yang sering menanduk bola sepak kulit pada era tersebut. 

Tambah pula, pada masa itu bahan pembuatan bola kurang kalis air dan menjadi lebih berat apabila menyerap hujan.

Jadi, ada kemungkinan perkara tersebut perlu dititik beratkan namun apalah jenis permainan bola sepak jika dihalang untuk pemain menanduk ketika bermain. 

Mungkin juga bahan yang digunakan untuk bola sepak itu perlu diperhalusia bagi mengelakkan perkara yang dikaji di atas dan kesannya berlaku kepada pemain.  Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram