
MALAYSIA, Thailand, UAE, Indonesia, Vietnam dan Sri Lanka muncul sebagai destinasi utama untuk pengembara solo dari India pada musim perayaan 2025.
Ia atas dorongan faktor kemudahan akses, mesra bajet, dan kepelbagaian pengalaman budaya yang menarik.
Negara-negara tersebut amat sesuai untuk pengembara solo kerana jaraknya yang dekat dengan India dan tempoh penerbangan yang tidak terlalu lama.
BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang
BACA LAGI: Hobi pelik suka makan ais batu, remaja Bogor alami penyakit anemia
Kuala Lumpur,Malaysia.
Tambahan pula, proses permohonan visa yang mudah dan kemudahan pelancongan yang lengkap turut menambah tarikan, menjadikannya pilihan ideal untuk percutian tanpa memeningkan kepala.
Setiap destinasi menawarkan pengalaman tersendiri daripada tarikan moden dan aktiviti membeli-belah mewah seperti di UAE, keindahan alam semula jadi serta budaya yang meriah di Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Sri Lanka turut memainkan peranan.
Sama ada mencari pengalaman mengembara, ketenangan, atau kepelbagaian budaya, negara-negara berkenaan menawarkan keseimbangan sempurna antara aktiviti menarik dan percutian santai .
Merujuk kepada Atlys, sebuah platform pemprosesan visa terkemuka, ia mendedahkan generasi muda menjadi peneraju trend baharu pengembaraan solo yang semakin meningkat jumlah.
Dubai, UAE.
Antara September hingga Oktober 2025, lebih 71 peratus permohonan visa datang daripada pengembara solo.
Perubahan itu mencerminkan cara baharu rakyat India meraikan percutian mereka, dengan menjelajah di luar negara secara solo dan menimba pengalaman secara global berbanding pulang ke kampung halaman.
Data Atlys juga menunjukkan bahawa generasi muda India menjadi peneraju perubahan tersebut.
Golongan milenial mewakili 53.5 peratus pemohon visa solo, manakala Gen Z mencatat 29.7 peratus diikuti 14.6 peratus dari Gen X.
Generasi muda lebih mengutamakan pengalaman perjalanan yang unik dan mendalam, menjadikan cabaran pengembaraan yang lebih hebat.
Menariknya, lelaki masih mendominasi trend pengembaraan solo ini, merangkumi 75.9 peratus permohonan visa, manakala wanita hanya 21.6 peratus.
Ini menunjukkan bahawa perjalanan solo masih lebih popular dalam kalangan lelaki, namun jurang jantina pula agak kecil dari tahun ke tahun.
Thailand.
Malah ia memperlihatkan perubahan dalam cara berfikir dengan ketara terhadap sebuah percutian yang bukan sekadar tentang keluarga dan rumah, tetapi juga mengenai penemuan diri serta penerokaan budaya.
Faktor seperti jarak yang dekat, kemampuan bajet, dan kemudahan perjalanan kekal menjadi pertimbangan utama bagi pengembara India.
Majoriti permohonan visa musim perayaan ini tertumpu kepada destinasi di Asia yang menawarkan penerbangan kerap serta proses visa yang mudah.
Gabungan jarak yang dekat, cuaca panas yang menyenangkan, dan kos perjalanan yang berpatutan menjadi peranan perti buat enam negara itu untuk terus menarik pelancong dari India.
Sebagai contoh, UAE menawarkan pelbagai tarikan moden, aktiviti membeli-belah mewah dan pilihan hiburan yang meluas. Thailand pula yang terkenal dengan pantai-pantai indah, budaya yang kaya dan kehidupan malam yang meriah.
Kemudian, Vietnam, dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan dan sejarah yang kaya, serta Indonesia diikuti Malaysia yang mempunyai kepelbagaian budaya dan keindahan alam.
Indonesia.
Sementara itu, Sri Lanka memiliki pantainya yang cantik dengan tinggalan purba serta pengalaman budaya yang unik.
Ciri-ciri yang ada itu menandakan perubahan ketara dalam cara rakyat India meraikan musim perayaan mereka. —Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram