Kraftangan tempatan perkukuh kerjasama, meraikan identiti budaya ASEAN


  • Hobi
  • Selasa, 07 Okt 2025

Acara turut bertujuan meraikan identiti budaya bersama ASEAN sambil menyokong penggiat seni kraf tempatan dan serantau.

JANGAN pernah sesekali kita memandang rendah dengan kraftangan buatan tempatan atau hasil negara serantau.

Mungkin segelintir daripada kita tidak beberapa kenal dengan barangan seni kraftangan buatan tempatan namun Malaysia kini, memiliki hasil produk yang cukup berkualiti.

Sebagai Pengerusi ASEAN, di bawah tonggak Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Kanan ke-39 ASCC (SOCA) dan Mesyuarat Majlis ASCC ke-34 dari 6 hingga 8 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Selangor.

BACA LAGI: Suara Palestin curi tumpuan ekspresi seni di New York

BACA LAGI: Remaja obses bina badan cenderung alami kesunyian — Pakar

Buat mereka yang ingin melihat sendiri keaslian, kualiti dan kehebatan barangan kraftangan tempatan termasuk beberapa negara serantau lain, pameran ASEAN Seni & Kraf menjadi lokasi yang patut anda kunjungi.

Crowds taking part in crafts interactive at the 2025 ASEAN Arts and Crafts bazaar at Sunway Convention Centre on October 07.- AZMAN GHANI/The Star

Suasana ketika acara sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Selangor.

Terbuka kepada orang awam, acara berkenaan berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pameran budaya yang penuh warna-warni itu menampilkan pameran terpilih hasil kraf tradisional dan kontemporari dan demonstrasi langsung oleh penggiat seni kraf terkemuka.

Diikuti sesi padanan perniagaan untuk usahawan, serta sesi perbincangan interaktif ringkas mengenai warisan budaya dan industri kreatif.

Antara barangan yang menarik ialah, seni hiasan ukiran kayu, kain tenun Brunei, beg tangan, daun tekap dan banyak lagi.

Pameran itu menawarkan peluang istimewa untuk meraikan identiti budaya bersama ASEAN sambil menyokong penggiat seni kraf tempatan dan serantau.

Crowds taking part in crafts interactive at the 2025 ASEAN Arts and Crafts bazaar at Sunway Convention Centre on October 07.- AZMAN GHANI/The Star

Kesemua inisiatif menonjolkan kepentingan keterangkuman, kelestarian, dan kemakmuran bersama ketika ASEAN merangka haluan menjelang 2045.

Penganjuran acara-acara di bawah ASEAN 2025 ini memperlihatkan peranan kepimpinannya dalam memperkukuh kerjasama serantau, pertukaran budaya, dan jalinan hubungan antara rakyat.

Malah kesemua inisiatif yang ada di sini menonjolkan kepentingan keterangkuman, kelestarian, dan kemakmuran bersama ketika ASEAN merangka haluan menuju 2045.

Sementara itu, Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC), yang diadakan dua kali setahun di peringkat menteri itu menyediakan platform kepada Negara-Negara Anggota ASEAN untuk membincangkan isu-isu sosio-budaya utama yang membentuk rantau ini.

Dengan sokongan mesyuarat SOCA, ASCC memajukan agenda berpusatkan rakyat ASEAN melalui projek serantau, pertukaran budaya, dan kerjasama dengan organisasi antarabangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram