
DULU mesti ramai di antara kita memilih padang bola sepak atau gelanggang tenis untuk berjumpa, berbual, melihat dan bermain permainan tersebut.
Kini, tumpuan tersebut telah beralih kepada gimnasium.
Anak muda pada masa kini lebih mengidolakan pempengaruh berbanding bintang sukan dan berusaha meniru apa yang dilakukan oleh mereka.
BACA LAGI: Suara Palestin curi tumpuan ekspresi seni di New York
BACA LAGI: Muzik satu-satunya 'ubat' tanpa kesan sampingan, suntik motivasi diri
Sukan kekuatan kini merupakan antara aktiviti yang paling kerap diamalkan dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun.
Ahli sosiologi sukan Jerman, Thomas Alkemeyer, menyatakan kebimbangan tentang kesan fizikal dan mental daripada perubahan itu.
Salah satu sebabnya ialah trend berkongsi swafoto di media sosial dan mahu menonjolkan diri dengan penampilan yang terbaik.
“Tubuh badan manusia kini menjadi simbol status yang penting, seperti kad pengenalan diri. Dengan tubuh langsing dan terlatih, mereka boleh menunjukkan bahawa mereka berdisiplin serta hidup terkawal.
“Secara umum anak muda tidak banyak kuasa untuk membentuk kehidupan mereka sendiri dan mereka melihat kehidupan masa kini sebagai sangat tidak menentu,” kata Alkemeyer.
Bersenam dan membina otot memberi peluang untuk sekurang-kurangnya menentukan sesuatu dalam kehidupan, membuktikan kepada diri sendiri dan orang lain bahawa mereka mampu mencapai sesuatu.
Sesetengahnya mendapati ia dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Dari sudut kesihatan, tiada masalah dengan latihan kekuatan untuk remaja.
Menurut, pelajar Universiti Sukan Jerman Cologne, Heinz Kleinoder berkata, bersenam seharusnya dimulakan seawal mungkin.
”Jika dilakukan dengan betul, latihan kekuatan menjadikan tubuh lebih stabil, meningkatkan kepadatan tulang dan memperbaiki kemahiran 'motor'," jelasnya.
Namun, Alkemeyer melihat latihan sebegini sangat berpusatkan pada diri dan lebih menekankan penampilan luaran.
Sebaliknya, dia melihat sukan berpasukan membantu membina nilai-nilai lain. Tambahnya lagi, sifat peribadi seperti kemampuan memotivasikan ahli pasukan amat penting.
Meraikan kemenangan bersama pasukan adalah satu perasaan yang sangat istimewa. Walaupun mereka boleh berjumpa satu sama lain di gimnasium, tidak salah juga untuk menggabungkan latihan kekuatan dengan sukan berpasukan.
“Menumpukan perhatian terlalu banyak pada diri sendiri atau tubuh badan sendiri boleh meningkatkan kecenderungan terhadap kesunyian.
"Kesunyian sudah pun menjadi salah satu masalah utama dalam masyarakat kita sekarang dan ia semakin memberi kesan kepada golongan muda,” ujarnya.
Populariti latihan kekuatan
Sukan kekuatan kini menjadi antara aktiviti yang paling kerap dilakukan oleh remaja berusia 13 hingga 17 tahun.
Satu tinjauan di Jerman mendapati kira-kira 43 peratus kanak-kanak lelaki dan 12 peratus kanak-kanak perempuan dalam kumpulan umur itu bermain bola sepak,.
Kemudian, 18 peratus kanak-kanak lelaki dan 23 peratus kanak-kanak perempuan berenang, manakala 29 peratus kanak-kanak lelaki dan 24 peratus kanak-kanak perempuan melakukan latihan kekuatan dan kecergasan.
Peratusan remaja yang menjadi ahli kelab sukan telah menurun dengan ketara sepanjang dekad lalu, menurut tinjauan oleh German Sports Youth (DSJ) dalam German Olympic Sports Confederation (DOSB) pada tahun 2023.
German Employers’ Association for Fitness and Health Facilities (DSSV) memaklumkan minat golongan muda terhadap gimnasium pula telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Peraturan umur berbeza mengikut tempat, namun biasanya remaja perlu berusia 16 tahun ke bawah sudah boleh menjadi ahli gim di Jerman.
Aktiviti di gim komersial tidak selalu diawasi dengan ketat dan menyebabkan mereka yang kurang pengalaman.
Mungkin mereka banyak yang mengabaikan asas penting untuk penuaan sihat atau postur yang betul, sebaliknya meniru pengaruh media sosial yang berotot.
Cuba mengangkat beban maksimum dengan segera boleh merosakkan bahagian belakang bawah, bahu, lutut dan sendi buku lali.
Selain meningkatkan beban secara beransur-ansur, ketepatan juga amat penting ketika melakukan senaman sebegini.
Tanpa pengalaman terdahulu yang mencukupi atau jurulatih yang sentiasa memantau dan membetulkan, hampir mustahil untuk mereka yang baharu mencapai hasil yang baik.
Suplemen protein
Satu lagi kebimbangan ialah golongan muda sering terdedah kepada iklan suplemen protein dalam talian.
Perkembangan yang dirangsang oleh pengaruh kecergasan, latihan kekuatan bersendirian boleh membantu membina bukan sahaja otot tetapi keyakinan diri, tetapi mungkin juga mempunyai kesan lain yang kurang dialu-alukan.
Remaja yang bersenam tidak perlu membelanjakan wang poket mereka untuk produk mahal ini. Mereka hanya boleh mendapatkan protein yang mencukupi daripada diet harian biasa.
Sering kali juga mustahil untuk menilai bahan berbahaya yang mungkin terkandung dalam suplemen diet.
Menurut amaran German Nutrition Society (DGE) dos tinggi asid amino tertentu dalam bentuk suplemen boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam metabolisme asid amino.
Terdapat petunjuk bahawa ia boleh menyebabkan kekurangan asid amino lain atau gangguan neurologi.
Pengguna bar protein, serbuk, dan suplemen bina otot pula lebih menunjukkan tanda-tanda dismorfia otot.
Penghidapnya berusaha membina otot secara berlebihan sehingga ke tahap patologi, dengan menjalani latihan yang keterlaluan dan menumpukan tabiat pemakanan semata-mata untuk otot, kata Kyle Ganson dari Universiti Toronto dan pasukannya dalam satu kajian yang diterbitkan dalam PLOS Mental Health.
Golongan muda sebegini berisiko mengabaikan pelajaran dan persahabatan. Terdapat anak muda yang seluruh hidupnya mula berpusat pada usaha membentuk tubuh badan.
”Namun masalahnya bukan khusus kepada latihan beban. Perkara ini juga boleh berlaku dalam aktiviti lain, terutamanya sukan berprestasi tinggi,” kata Alkemeyer. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram