[VIDEO] 'Elak kawasan larangan', kaki pancing perlu ambil tahu zon terlarang demi keselamatan


  • Hobi
  • Isnin, 06 Okt 2025

Kapal tentera laut (kiri) mengusir bot pemancing laut dalam atas tujuan keselamatan.

RAMAI yang menjadikan memancing sebagai hobi mereka sama ada melakukannya sendiri atau bersama teman-teman.

Peminat hobi memancing ini melakukannya di pelbagai tempat dengan ada di antara mereka gemar menjadikan laut dalam sebagai lokasi memburu ikan.

Namun begitu, setiap tempat ada risikonya dan laut dalam tidak terkecuali dengan perkara tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Pendaki wanita bersolat di tempat terbuka, sah atau tidak?

BACA LAGI: Remaja obses bina badan cenderung alami kesunyian — Pakar

Seperti dalam video yang tular di Facebook, sekumpulan pemancing laut dalam terpaksa melupakan aktiviti itu selepas perbuatan mereka mendapat perhatian tentera laut yang berada di kawasan sekitar.

Ketika sesi memancing baru saja 'panas', kumpulan pemancing tersebut ditegur oleh tentera laut yang menyuruh mereka beralih ke tempat lain.

Mereka kemudiannya akur dengan arahan tersebut namun tidak dapat menyorokkan kekecewaan tidak dapat meneruskan aktiviti memancing.

Warganet yang melihat video tersebut kemudiannya mengatakan kaki pancing mestilah tahu zon larangan memancing.

Hal ini kerana, ada sesetengah kawasan di perairan negara dikhaskan untuk kegunaan pasukan keselamatan untuk menjalankan latihan bersenjata dan ia berbahaya untuk orang awam.

"Ikut saja arahan. Kawasan tersebut sudah digazetkan sebagai kawasan latihan penembakan (WMD 413). Kawasan tersebut mestilah kosong tanpa ada sebarang bot/kapal sebelum penembakan dimulakan. Selesai latihan penembakan, kawasan tersebut dibuka semula kepada bot atau kapal awam.Tujuan ditutup adalah bagi mengelakkan kehilangan nyawa atau kerosakan bot atau kapal awam," ujar Halim Zaman.

"Ikutlah peraturan dan elak kawasan larangan, mudah," kata Noh Scha.

"Nasib baik (jumpa) askar, kalau lanun? Apa macam? Habislah kau," komen Mohd Husin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram