Hobi pelik suka makan ais batu, remaja Bogor alami penyakit anemia


  • Sihat
  • Rabu, 08 Okt 2025

Cippie memiliki tabiat suka mengunyah ais batu.

BUAT sesetengah daripada kita amat suka untuk mengunyah ketulan ais di dalam minuman atau digigit begitu sahaja.

Adakalanya sehingga menjadi amalan dan ketagihan yang melampau jika satu hari tidak dapat gigit ais tersebut.

Namun, buat mereka yang suka berbuat demikian dinasihatkan untuk berhenti serta mereta kerana ia boleh menyebabkan anda menghidap penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah.

BACA LAGI: Tradisi cop poskad dan setem, 'cara lama' dilupa jangan setiap kali ke tempat orang

BACA LAGI: Uniknya flora hidup, Taman Negara Kinabalu tersenarai 8 lokasi safari terbaik Asia

 

 

Doktor yang merawat gadis tersebut memaklumkan padanya amalan memakan ais itu merupakan punca amenia.

Doktor yang merawat gadis tersebut memaklumkan padanya amalan memakan ais itu merupakan punca amenia.

Ia berikutan tular sebuah video yang yang dimuat naik oleh seorang gadis Bogor, Indonesia di TikTok dikenali sebagai Cippie, berkongsi kisahnya yang dirinya yang gemar memakan ais sehingga menghidap penyakit anemia.

“Makan dulu ais biar fikiran segar,” demikian katanya di kapsyen videonya yang viral di TikTok sebelum ditimpa malang.

Doktor yang merawat gadis tersebut berkata, amalan memakan ais itu merupakan punca atau tanda awal mendapat penyakit anemia.

“Ternyata makan ais batu adalah amaran kepada tanda mendapat anemia,” ujarnya Cippie.

Gadis tersebut mengakui bahawa dirinya disahkan menghidap gejala anemia itu ketika baharu saja masuk usia 19 tahun, beberapa bulan lalu.

Sebelum disahkan penyakit tersebut, gadis tersebut mengeluh kerana mengalami situasi datang bulan yang tidak stabil dan tidak berhenti walaupun sudah sampai waktunya.

Malah merasakan badan juga tidak beberapa sihat sekali gus mengamalkan pengambilan ais batu tersebut.

“Semasa ditanya oleh doktor apa yang saya keluhkan, selain daripada ketidakstabilan haid, saya pening dan pinggang selalu sakit, lepas itu saya kunyah ais batu.

“Kemudian, terus saya diambil darah untuk membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan saya menghidap anemia dan berpunca daripada tabiat makan ais,” kongsinya.

Kini gadis tersebut dipantau dan dinasihatkan untuk menjaga pemakanan yang baik untuk pulihkan diri. Kini difahamkan, tahap kesihatan Cippie dilihat semakin baik.

“Sekarang saya tengok ais dah macam biasa saja, kalau dulu memang ketagih, tak boleh tahan,” ujarnya.

Berdasarkan Mayo Clinic, keinginan untuk mengunyah ais batu tidak memberi apa-apa zat dalam badan sama seperti tanah liat atau kertas. Selalunya, mengunyah ais batu berpunca daripada masalah emosi, tekanan dan seumpamanya.

Makan, jika anda mempunyai masalah tersebut, dapatkan bantuan kaunseling dan jangan sesekali memakan ais batu sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah anda. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram