[VIDEO] Terasa bagai di litar sebenar, lengkapnya bermain video game bila sudah cuba sendiri model terbaharu Logitech G


  • Hobi
  • Selasa, 07 Okt 2025

Pedal kaki yang boleh di kustom sama ada dua atau tiga unit dalam sebaris iaitu minyak dan klac, dan pedal brek yang memiliki daya tekanan sehingga 75 kilogram

 

 

DUNIA sukan elektronik (e-sukan) semakin berkembang di seluruh dunia dan industri tersebut memperlihatkan perubahan hebat dunia teknologi seiring dengan arus pemodenan.

Bukan setakat atlet e-sukan, rata-rata mereka yang memiliki hobi bermain permainan tersebut pastinya ingin mendapatkan peranti yang canggih, selesa dan mampu memberikan kepuasan ketika beraksi.

Oleh itu, buat mereka yang mencari peranti dan alat sokongan teknologi untuk bermain game, Logitech G memperlihatkan kualiti peranti yang pasti menjamin kepuasan anda.

BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya

BACA LAGI: Uniknya flora hidup, Taman Negara Kinabalu tersenarai 8 lokasi safari terbaik Asia

Jadi kepada anda yang bercadang untuk membuat instalasi permainan video di rumah, berikut adalah ulasan penulis mengenai tiga peranti yang dicuba ketika pelancaran berlangsung.

 

 

Tetikus gaming Pro X2 SuperStrike.

Bermula dengan barisan tetikus terbaharu mereka yang baharu dilancarkan, Logitech G memperkenalkan tetikus gaming Pro X2 SuperStrike, pegang saja sudah rasa peranti tersebut premium.

Ia boleh laraskan actuation point, tahap tekanan klik mengikut kemahuan pengguna dalam 10 tahap, jika main permainan tempur memang seronok.

Ada juga tetapan “rapid trigger reset” yang membenarkan jari diangkat sedikit untuk kembali ke keadaan klik berikutnya. Ia merupakan peranti pertama yang meletakkan teknologi pemproses tersendiri pada sistem butang klik berkenaan.

Memang rasa ringan dan cukup cekap gerakan tetikus tersebut dengan butang di skrin komputer tidak seperti tetikus yang murah.

 

 

Fon kepala Astro A20 X.

Astro A20 X pula fon kepala tanpa wayar yang memiliki pelbagai jenis mod pendengar mengikut kesesuaian permainan video, berikutan ia dicipta khusus untuk sesi gaming yang panjang dan fleksibel selepas siri A20.

Berapa lama ia mampu bertahan? Sehingga 40 jam dengan lampu pada reka bentuk luarannya dan 90 jam jika lampu dimatikan, memang cukup lama dan luar biasa.

Ketika memakainya, anda rasa seakan-akan memakai helmet Formula 1 (F1) dan sedang bermain permainan kereta lumba di litar, sedangkan berada di rumah saja.

Sarungkan saja di telinga, gemanya memang tulen rasa masa berada di litar sebenarnya. Disyorkan untuk ia dimainkan bersama permainan konsol seperti Playstation 5 dan Xbox.

Stereng RS50.

Akhir sekali, menjadi taruhan kepada peminat lumba kereta seperti Gran Turismo, Forza Motorsport, F1 dan seumpamanya. Memperkenalkan RS50, sebuah stereng pacuan terus yang dilengkapi dengan RS Pedals merangkumi pedal brek jenis load-cell.

Logitech G melancarkan produk tersebut dengan menggunakan konsep True Force, iaitu sistem maklum balas daya yang berfungsi dengan pembangunan permainan khususnya perlumbaan.

Terasa kawalan sterengnya begitu lebih realistik seakan-akan kereta sebenar dan tekanan pada kaki terhadap daya tolak tayar mengikut pergerakan dalam permainan video tersebut.

Malahan, pedal kaki yang boleh di kustom sama ada dua atau tiga unit dalam sebaris iaitu minyak dan klac, dan pedal brek yang memiliki daya tekanan sehingga 75 kilogram. Memang rasa sama seperti memandu kereta lumba sebenar.

Dimaklumkan setakat ini, Logitech G boleh didapati menerusi pembelian dalam talian.

Oleh itu, jangan tunggu lama-lama dapatkan dan pasangannya di rumah anda untuk alami pengalaman bermain permainan video yang luar biasa.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram