[VIDEO] Pendaki wanita bersolat di tempat terbuka, sah atau tidak?


  • Hobi
  • Sabtu, 04 Okt 2025

Dari sudut pendidikan, Ismail menekankan pemakaian ketika solat pada zaman sekarang perlu diperbesarkan.

RAMAI dalam kalangan masyarakat kita kini gemar melakukan aktiviti mendaki tidak kita umur mahupun jantina.

Namun sebagai umat Islam, adalah wajib untuk kita melakukan solat lima waktu tidak kira dalam apa jua keadaan.

Pastinya indah dan berlainan suasana jika kita dapat mengerjakan solat di lereng atau puncak gunung setelah sehari suntuk mendaki?

BACA LAGI: Jika melancong ke Romania, jangan lupa saksikan keunikan Valtoare, mesin basuh pakaian tradisional guna kuasa alam semula jadi

BACA LAGI: Pentingnya serat ketika usia semakin lanjut, ketahui 5 diet ideal pengambilan 'fiber'

Tapi adakah sesuai pakaian yang kita gunakan untuk mendaki sesuai bagi ibadah solat?

Situasi itu dibangkitkan menerusi hantar sebuah video di Facebook Blog Mazeer, yang memaparkan seorang wanita sedang bersolat secara terbuka kawasan pergunungan atau hutan dengan mengenakan pakaian mendakinya,

Video tersebut disertakan dengan kapsyen yang bersifatkan persoalan iaitu ‘Boleh ke wanita berpakaian macam ni sembahyang di tempat umum lelaki perempuan campur lelaki?'

 

Ismail Ibrahim Mohd Nordin.

Bagi menjawab persoalan tersebut, pakar agama yang juga Ketua Guru Kafa Putrajaya, Ismail Ibrahim Mohd Nordin, 32, berkata, pemakaian yang dipakai oleh individu itu tidak sesuai sebenarnya, tambah-tambah pula di khalayak umum.

Jelasnya, lokasi itu tidak salah tapi masa dan keadaan sekeliling yang tidak sesuai dengan kehadiran ramai orang termasuk golongan lelaki.

“Sebab lihat wanita di dalam video tersebut, pakaiannya terlalu nipis dan apabila dia rukuk saja, sudah menampakkan bentuk tubuh badannya.

“Tiada masalah sebenarnya selagi dia menutup seluruh auratnya tetapi adalah lebih jika ada terhadang pandangannya daripada ajnabi yang lain, takut timbul fitnah dan lagi besar ceritanya nanti.

“Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menjelaskan aurat dari segi syara’ adalah anggota badan yang wajib ditutup atau yang diharamkan untuk melihatnya.

“Namun begitu, ikut hukum makruh bagi seorang wanita berpakaian ketat di dalam solat kerana ia menampakkan bentuk badan,” katanya.

Dari sudut pendidikan, Ismail menekankan pemakaian ketika solat pada zaman sekarang perlu diperbesarkan skopnya memandangkan semakin moden dunia, semakin banyak benda baharu timbul.

“Dari segi pendidikan juga, adalah lebih baik untuk kita perbesarkan lagi situasi-situasi pemakaian yang sesuai menutup aurat supaya pelajar lebih jelas.

“Generasi sekarang bukannya saya nak kata susah dengar cakap atau degil, tetapi mudah terikut-ikut dengan tingkah laku orang lain. Biasa saya dengar sekarang ini ‘ah orang itu boleh buat kenapa aku tak boleh pula”. Ini yang membimbangkan sebenarnya,” kongsinya.

 

Antara telekung yang mudah di simpan dan dibawa ke mana-mana sahaja. 

Berikutan daripada video tersebut, Ismail mencadangkan kepada wanita yang suka mendaki gunung untuk mendapatkan telekung moden yang mudah dibawa.

“Sekarang ini sudah ada telekung mudah dibawa ke mana-mana, dalam pek yang kecil saja. Jadi sepatutnya tiada alasan lagilah untuk mereka tidak jaga solatnya dari segi penampilan supaya tidak dipandang serong,” ujarnya.

Memetik penulisan menerusi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menutup aurat ialah salah satu syarat sah solat seperti Firman Allah SWT:

يَا بَنِي ءَادَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat)”

(Surah al-A’raaf: 31)

Maksud aurat dari segi syara’ adalah anggota badan yang wajib ditutup atau yang diharamkan untuk melihatnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram