Warna-warni Deepavali, dekorasi Pesta Cahaya hiasi pusat beli-belah terkenal Pulau Pinang


  • Nomad
  • Sabtu, 04 Okt 2025

WARNA-WARNI Deepavali sudah mula memeriahkan Queensbay Mall, George Town di Pulau Pinang sempena musim perayaan tersebut yang bakal diraikan tidak lama lagi dengan dekorasi dan program bertemakan “Radiance of Lights”.

Melangkah masuk ke atrium utama, pengunjung disambut dengan suasana indah yang memberikan makna tentang apa yang diperkatakan kekayaan warisan dan pesona budaya India.

Dekorasi tersebut menampilkan sepasang gajah bersaiz sebenar, teratai emas serta pelbagai bunga berwarna-warni.

BACA LAGI: Debaran F1 Singapura makin hampir, ini 5 keunikan litar di Bandaraya Singa tarik peminat Malaysia

BACA LAGI: Nak duduk hotel 5 bintang tapi harga 3 bintang? Ini rahsianya

 

Penari Temple of Fine Arts mempersembahkan tarian Odissi semasa pelancaran 'Radiance of Lights'.

Paparan perayaan itu dilancarkan dengan persembahan kebudayaan yang memukau, termasuk tarian Odissi oleh Temple of Fine Arts.

Selain itu, demonstrasi seni mempertahankan diri silambam oleh Persatuan Nilaikalakki Silambam Pulau Pinang.

Pengurus pusat Queensbay Mall, Sylvester Soh berkata, dekorasi tersebut mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan sebelum diperlihatkan oleh pengunjung pusat beli belah tersebut.

“Kami memilih tema ‘Radiance of Lights’ kerana matahari merupakan simbol penting dalam agama Hindu, begitu juga Queensbay Mall yang memainkan peranan penting dalam komuniti ini.

“Kami turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung dan seluruh masyarakat setempat untuk menikmati promosi perayaan sepanjang musim ini,” katanya.

Menurutnya, dekorasi tahun ini mendapat inspirasi daripada Kuil Matahari Konark iaitu sebuah kuil Hindu abad ke-13 di Odisha, India.

Malahan, kuil tersebut merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco terkenal dengan keagungan seni bina dan seni halusnya.

Kuil itu popular dengan kemasyhuran dengan ukiran rumit, struktur berbentuk kereta kuda serta simbolisme tenaga suria yang mendalam dalam agama Hindu.

“Elemen utama dalam dekorasi Deepavali di pusat beli-belah itu ialah bermotif matahari dan jam matahari sebagai penghormatan kepada kuil tersebut.

“Pengunjung dijemput untuk meneroka taman indah di atrium tengah serta merakam kenangan dengan bergambar,”ujarnya Soh.

Pelbagai promosi dan penebusan turut ditawarkan sempenan bulan Deepavali ini termasuk sampul ang pow Deepavali dan baucar tunai.

“Gedung serbaneka kami juga menawarkan pelbagai pilihan pakaian tradisional India, menjadikan Queensbay Mall destinasi sehenti yang mudah untuk semua keperluan Deepavali.

“Deretan aktiviti mesra keluarga turut dijadualkan di bawah Q-Kids Club, antaranya acara Reka Cipta Rangoli esok (Ahad) pada pukul 2 petang dan bengkel pembuatan kad Deepavali pada 11 Oktober juga pada pukul 2 petang,” terangnnya.

Ini termasuk persembahan tarian budaya India pada 12 Oktober pukul 4 petang, di samping kemunculan maskot pada pukul 3 petang Ahad dan 11 Oktober.

Kesemua persembahan dan aktiviti akan berlangsung di atrium tengah tingkat bawah.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengurus Besar Queensbay Mall, Peter Chan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, pengunjung boleh ke kaunter informasi di zon tengah tingkat bawah.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram