Suara Palestin curi tumpuan ekspresi seni di New York


  • Hobi
  • Jumaat, 03 Okt 2025

Kebanyakan lukisan, ilustrasi dan arca yang dipamerkan adalah hasil salinan semula daripada gambar digital.

KETIKA  penyanyi Palestin yang bertapak di New York, Firas Zreik memetik alat muzik kanun yang menyerupai kecapi pada pembukaan Gaza Biennale di New York bulan lalu, kawasan tersebut kini dikelilingi hasil seni yang menggambarkan suasana zon perang di Timur Tengah.

Terdapat imej kecederaan parah, runtuhan, dan kisah tentang kelangsungan hidup. Melodi daripada Zreik, 29, telah memberikan nada suram kepada pameran yang berlangsung di Recess Art, Brooklyn.

Peserta berharap edisi pameran yang dinamakan From Gaza To The World itu dapat membantu rakyat Amerika memahami perspektif rakyat Palestin yang sedang mengalami keganasan pada ketika sebahagian institusi menolak karya seni Palestin.

BACA LAGI: 'Fish spa' dalam kolam biasa sangat, Bombon Kg. Marakau guna air sungai asli, ikan saiz 'gorgon'

BACA LAGI: Muzik satu-satunya 'ubat' tanpa kesan sampingan, suntik motivasi diri

Kebanyakan lukisan, ilustrasi dan arca yang dipamerkan adalah hasil salinan semula daripada gambar digital. Malah ia dipaparkan berikutan artis asalnya tidak dapat membawa karya mereka keluar dari Semenanjung Gaza.

Dalam sebuah video, tirit kelihatan seorang wanita di belakang Zreik, Yara Zuhod, 22, membuka helaian buku lukisan.

“Saya tidak mempunyai hak untuk mengembara, untuk berkongsi hasil karya saya,” katanya.

 

Visitors view and discuss the Palestinian artist Sohail Salem’s war diary on display at Recess Art during the Gaza Biennale in New York, Sept. 11, 2025. The exhibition aims to give a voice to people making creative work about their lives in a war zone. (Shuran Huang/The New York Times)

Pengunjung melihat dan membincangkan diari perang artis Palestin Sohail Salem yang dipamerkan di Recess Art semasa Biennale Gaza di New York.

Pengarah bersama Recess Art, Lindsay Harris, berkata organisasi yang tidak berterasakn keuntungan itu sedar mereka mungkin kehilangan sokongan kewangan kerana menganjurkan pameran bertema sensitif dari sudut politik.

Namun, apabila penganjur menghubungi mereka tahun ini, beliau sukar untuk menolak.

“Jika artis ini berani meneruskan karya mereka, maka kami juga boleh berani menjadi platform untuk kisah-kisah itu,” ujar Harris.

Walaupun pameran penuh di New York berakhir minggu lalu, sebahagian hasil seni masih akan dipamerkan sehingga 20 Disember.

Edisi-edisi pameran tersebut juga pernah diadakan di Perancis dan Denmark, dan akan di bawa ke beberapa negara termasuk Greece dan Turkiye termasuk Washington.

Gaza Biennale, yang menggambarkan dirinya sebagai sebuah kolektif yang melibatkan artis dari Tebing Barat, Gaza serta luar negara.

Ia bertujuan menjalin kerjasama dengan kurator tempatan dan institusi di pelbagai bandar untuk mempersembahkan karya seni.

Kumpulan itu menyatakan mereka berhasrat untuk menampilkan imej rakyat Palestin yang “melangkaui berita tergempar, liputan media dan statistik.”

Salah seorang artis, Malaka Abu Owda melalui e-mel berkata, melukis menjadi ruang pelepasan untuk menemukan keseimbangan dengan menganggap setiap karya sebagai jeritan dan sebuah ingatan.

“Bukan sekadar seni, tetapi cara untuk mengurangkan kesakitan saya dan memberi suara kepada mereka yang tidak lagi mampu bersuara,” ujarnya.

 

Firas Zreik plays the harplike kanun at Recess Art during the Gaza Biennale in New York, Sept. 11, 2025. The exhibition aims to give a voice to people making creative work about their lives in a war zone. (Shuran Huang/The New York Times)

Zreik menetapkan nada muram untuk persembahan yang dipentaskan di Recess Art di Brooklyn sebagai pusingan pertama lawatan singkat di Amerika Syarikat. 

Perang di Gaza bermula selepas Hamas menyerang Israel pada Oktober 2023, membunuh 1,200 orang dan menawan kira-kira 250 tebusan.

Sejak itu, Israel telah mengebom sebahagian besar Gaza, membunuh lebih 60,000 rakyat Palestin.

Pakar kesihatan memberi amaran bulan lalu bahawa kawasan itu kini berada dalam keadaan kebuluran.

Penyair, Ammiel Alcalay, dilihat membuka helaian buku nota berisi ilustrasi karya Sohail Salem ketika pameran di New York.

Beliau cuba melukis tanpa ragu-ragu dan berkongsi lakarannya di media sosial.

“Buku nota kecil ini dan pen saya telah menjadi tempat perlindungan saya,” katanya.

Alcalay membuat perbandingan dengan reaksi seni Pablo Picasso dan Francisco Goya terhadap peperangan pada zaman mereka.

“Seni sepatutnya mewakili kemungkinan semangat manusia ketika berada dalam tekanan, dan seni yang patut kita lihat kini datang dari Gaza,” jelasnya.

Walaupun pameran itu berpusat pada penderitaan rakyat Palestin di Gaza, terdapat beberapa sebutan tentang Israel, termasuk sebuah instalasi oleh Ghanem Alden bertajuk The Rocket And The Carrot.

Bahkan menyindir dengan menggunakan perkataan “carrot and stick” kepada kerajaan Israel terhadap konflik itu.

Gaza Biennale bukan sahaja menjadi ruang pelepasan artis untuk berkarya. Ia menjadi ujian sejauh mana artis Palestin boleh mendapat perhatian di Amerika Syarikat ketika pentadbiran Trump meneliti aktivis pro-Palestin, dan menggantung visa pemegang pasport dari wilayah itu.TheStar/ZACHARY SMALL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram

Seni, lukisan, karya, artis, penyair, New York, Palestin