
AKTIVITI safari merupakan perjalanan atau lawatan untuk melihat hidupan liar atau kawasan tumbuhan liar di habitat semula jadi mereka dengan menaiki kenderaan seperti trak khas, bas atau pun berjalan kaki.
Jadi, hampir seluruh negara yang mempunyai habitat hidupan liar mempunyai aktiviti berkenaan dan ada juga yang melakukannya di dalam Zoo.
Jadi ini lapan lokasi safari terbaik yang disenaraikan menerusi laman web Times of India.
BACA LAGI: Rama-rama semakin pupus, tak mustahil senasib dinosaur 50 tahun lagi — Saintis
BACA LAGI: Lumrahnya pelangi muncul selepas hujan, tapi Kampung Pelangi sentiasa nantikan kunjungan tetamu
Taman Negara Kinabalu, Sabah
Lokasi ini tersebut berkonsepkan kepada Nature Safari atau Eco Safari. Ia lebih memfokuskan penerokaan flora unik seperti periuk kera, orkid liar, pokok paku pakis gergasi, dan bunga terbesar di dunia, Rafflesia.
Turut popular, birdwatching safari yang menjadi pilihan pengunjung yang hadir ke sini. Taman berkenaan diiktiraf sebagai syurga burung dengan lebih 300 spesies burung, termasuk burung enggang, Mountain Black-eye, dan Bornean Treepie.
Terdapat pemandu pelancong disediakan untuk program night safari yang membawa pengunjung melihat serangga bercahaya, katak hutan, dan mamalia kecil yang aktif pada waktu malam.
Ia termasuk jelajah di siang hari untuk melihat hidupan liar, serangga eksotik, dan tumbuhan ubatan tradisional. Jadi lokasi berkenaan bukanlah menjurus kepada safari haiwan tetapi lebih kepada safari alam semula jadi.
Taman Negara Kaziranga, India
Safari di Taman Negara Kaziranga, Assam, India pula memiliki keistimewaannya yang tersendiri.
Menawarkan dua jenis safari iaitu Jeep Safari (menaiki kenderaan Jeep) dan Elephant Safari (menaiki gajah), melihat kumpulan bada sumbu india lebih 2,000 ekor dengan dekat menjadi tarikan utama di sini.
Tempat tersebut menjadi pusat pemuliharaan terbesar bagi spesies badak tersebut. Turut berkeliaran spesies liar lain seperti harimau bengal, kerbau rusa paya, gajah liar dan beberapa lagi haiwan.
Taman yang dipecahkan kepada empat bahgian iaitu Kohora Range (Central Zone), Bagori Range (Western Zone), Agoratoli Range (Eastern Zone) dan Burapahar Range (Southern Zone) itu turut tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site kerana kekayaan biodiversitinya.
Taman Negara Gunung Leuser, Indonesia
Safari di Taman Negara Gunung Leuser di, Sumatera, Indonesia tidak kurang hebatnya.
Ia menjadi destinasi safari ekopelancongan yang unik dan terkenal di Asia Tenggara, kerana keberadaan harimau Sumatra, harimau bintang dan gajah sumatar yang masih wujud secara liar di sana.
Jelejah safari di sininjuga menerangkan bahawa kawasan tersebut menjadi tempat pemuliharaan orang utan yang kini semakin terancam.
Taman Negara Chitwan, Nepal
Berbeza dengan Taman Negara Kaziranga yang mempunyai suasananya lebih kepada padang rumput dan hutan, Taman Negara Chitwan, Nepal menjadi salah satu destinasi safari paling terkenal di Asia Selatan.
Diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site sejak 1984 safari di sini terbahagi kepada lima jenis.
Pertama Jeep Safari untuk melihat badak, harimau, dan rusa di padang rumput dan Elephant Safari namun dikatakan makin dikurangkan kerana isu kebajikan haiwan.
Kemudian, Canoe Safari yang menyusuri Sungai Rapti dan Narayani untuk melihat buaya gharial, buaya rawa, burung air, dan badak yang mandi.
Keempat, Jungle Walk Safari bersama pemandu hutan untuk melihat flora & fauna dengan lebih dekat diikuti dengan Birdwatching Safari.
Taman Negara Yala, Sri lanka
Tarikan utama di Yala ialah populasi harimau bintang Sri Lanka. Taman negara ini diiktiraf mempunyai kepadatan harimau bintang liar tertinggi di dunia, menjadikannya lokasi terbaik untuk menyaksikan pemangsa anggun ini dalam habitat asal.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat kawanan gajah liar Asia, beruang sloth, rusa sambar, kerbau liar, serta buaya yang menghuni sungai dan tasik di kawasan tersebut
Taman Negara Jigme Dorji, Bhutan
Taman Negara Jigme Dorji memperlihatkan kawasan yang meliputi pelbagai jenis bentuk muka bumi, daripada hutan tropika di kaki bukit hinggalah ke puncak gunung bersalji Himalaya.
Keunikan utama safari di sini adalah kepelbagaian ekosistem yang luar biasa.
Kawasan hutan di bahagian bawah menjadi habitat kepada gajah Asia, panda merah, takin (haiwan nasional Bhutan), harimau bintang salji, dan harimau bengal.
Di kawasan pergunungan tinggi pula, terdapat spesies langka seperti blue sheep dan musk deer.
Taman ini juga diiktiraf sebagai kawasan penting untuk burung migrasi, menjadikannya destinasi menarik bagi pemerhati burung.
Bagi pelancong, pengalaman safari di sini lebih kepada ekopelancongan dan pendakian gunung.
Taman Negara Taroko, Taiwan
Taman Negara ini pula terkenal dengan Taroko Gorge, iaitu lurah gunung marmar yang terbentuk hasil hakisan sungai jutaan tahun lalu.
Safari hidupan liar di sini pun tetap kaya dengan biodiversiti seperti kera Formosa, burung endemik Taiwan, serta pelbagai reptilia dan serangga.
Ramai pengunjung yang hadir ke sini untuk meneyrtai aktiviti meneroka hutan dan pemerhatian burung yang popular di sini.
Taman Negara, Pahang
Sedia maklum, Taman Negara, Pahang merupakan lokasi terkenal di semenanjung Malaysia dan safari di sini lebih kepada penerokaan menggunakan kaki.
Ia memiliki lebih 10,00 habitatit, tumbuhan, ratusan jenis burung. Ini termasuk,amalia ikonik seperti harimau Malaya, gajah Asia, tapir Malaya, seladang, beruang matahari, dan banyak lagi.
Ia lebih kepada aktiviti hutan dan pastikan juga anda melalui Canopy Walkway di sana yang merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram