
RAMAI antara kita menganggap harinya akan lebih baik jika bermula dengan secawan kopi di pagi hari.
Jika anda berpendapat begitu, menempatkan mesin kopi di rumah mungkin satu langkah yang disyorkan bagi memastikan anda boleh menikmati minuman tersebut dengan cara tersendiri.
Tetapi sama ada anda memilih mesin kopi penapis, mesin kopi automatik sepenuhnya, mesin kapsul atau pad semuanya bergantung pada cita rasa peribadi dan bajet anda.
BACA LAGI: [VIDEO] Pernah pergi taman tema guna air mineral? Jitra, Kedah ada jawapannya
Jadi, sebelum membeli mesin kopi, ini pertimbangan yang perlu anda lakukan.
Dengan tekanan sembilan bar yang diperlukan, mesin itu boleh menghasilkan espresso yang sempurna.
Mesin kapsul dan pad untuk isi rumah kecil
Mesin kapsul atau pad, kedua-duanya agak berpatutan dan sesuai untuk isi rumah kecil.
Kapsul sangat praktikal bagi mereka yang tidak selalu minum kopi, kerana aromanya terpelihara dan kopi kekal segar walaupun disimpan lama. Malah terdapat pelbagai pilihan rasa dan tahap kekuatan kafin untuk dipilih.
Namun, kelemahan kapsul ialah kesannya terhadap alam sekitar. Kapsul aluminium atau plastik akan menghasilkan banyak sisa buangan.
Berbanding biji kopi atau serbuk kopi, kapsul atau pad lebih mahal dan tidak dijual di semua tempat.
Mesin espresso untuk penggemar sejati
Mesin espresso sebenarnya khusus buat pakar kopi sebenar. Dengan tekanan sembilan bar yang diperlukan, mesin itu boleh menghasilkan espresso yang sempurna.
Suhu bancuhan, tahap kehalusan serbuk kopi dan tekanan mampatan boleh dilaras secara individu amat penting buat mereka yang mahukan booster di pagi hari
Namun, anda perlu berbelanja lebih jika ingin memiliki mesin espresso kerana mesin yang baik agak mahal.
Perhatikan tanda pensijilan
Jika anda sedang mencari model baharu, pastikan semak dahulu kuasanya. Disarankan juga untuk memilih mesin yang mempunyai fungsi tutup automatik.
Suhu bancuhan mesin juga penting dalam menentukan rasa kopi. Mesin yang baik mencapai suhu dalam julat yang disyorkan iaitu antara 85 hingga 93 darjah celsius.
Jika melebihi tahap suhu berkenaan, bukan sahaja rasanya terjejas malah penggunaan tenaga turut memberi kesan negatif terhadap jejak karbon mesin tersebut.
Tanda GS sebagai panduan
Tanda GS, iaitu pensijilan dari Jerman yang bermaksud Geprüfte Sicherheit atau Keselamatan Teruji.
Mesin yang mempunyai tanda GS atau seumpamanya telah melalui ujian secara menyeluruh dan dijamin selamat.
Ia boleh dijadikan sebagai panduan berguna sebelum membeli mesin kopi baharu.
Mesin yang mempunyai tanda GS atau seumpamanya telah melalui ujian secara menyeluruh dan dijamin selamat termasuk ujian terhadap suhu bancuhan.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram