Jururawat muda selamatkan nyawa pramugari MAS


  • Massa
  • Rabu, 17 Sep 2025

Parminder (gambar) menyelamatkan nyawa pramugari MAS terbabit yang dilaporkan mengalami serangan jantung.

MUNCUL hero. Seorang jururawat muda menyelamatkan nyawa seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang rebah ketika dalam penerbangan dari New Delhi, India ke Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut laporan Asiasamachar, Parminder Kour, 25, seorang jururawat terlatih yang kini bekerja di Britain tampil membantu pramugari terbabit yang dilaporkan mengalami serangan jantung.

Sebelum itu, panggilan kecemasan pesawat dikeluarkan bagi mendapatkan bantuan perubatan sebelum Parminder memberikan bantuan pernafasan (CPR).

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah pergi taman tema guna air mineral? Jitra, Kedah ada jawapannya

BACA LAGI: Malaysia makin dikenali destinasi selamat buat pengembara solo, lonjak sektor pelancongan

Seorang penumpang memberitahu Asiasamachar bahawa Parminder kekal tenang dalam situasi cemas terbabit sebelum pesawat mendarat dengan selamat di Kuala Lumpur.

Menerusi satu mesej daripada kru penerbangan kepadanya, MAS memuji tindakan pantas dan tidak mementingkan diri Parminder untuk menyelamatkan keadaan Ketika itu.

“Apabila salah seorang kru kami mengalami serangan jantung secara mengejut, seorang jururawat (Parminder) segera tampil tanpa ragu-ragu. Dengan ketenangan luar biasa dan kemahiran yang tinggi, beliau berjaya menyelamatkan rakan sekerja kami dan menstabilkannya sehingga bantuan perubatan tiba.

"Fikiran pantas dan keberaniannya mencerminkan semangat khidmat dan kemanusiaan yang sebenar.

"Satu inspirasi, dan peringatan bahawa wira-wira harian sentiasa wujud di sekeliling kita," tambah kenyataan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram