
MUNGKIN daerah Lumut, Perak sinonim buat mereka yang ingin bercuti di Pulau Pangkor atau mendapatkan ikan bilis mata biru.
Maklumlah, tempat peranginan tersebut sentiasa menjadi pilihan masyarakat tempatan mahupun luar negara.
Akan tetapi buat mereka yang ingin bercuti bersama anak-anak sambil mententeramkan minda dan berfantasi, apa kata berkunjung ke destinasi diberi nama Funtasi Land.
BACA LAGI: Seniman Kelantan temui puisi dan patriotisme di sebalik kain pelikat
BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi
Bertempat di Marina Island Jetty Complex, Teluk Muroh, Lumut di Perak, tarikan utama adalah ruangan rekreasi kanak-kanak, yang dibina di atas pasir berwarna biru dan merah jambu di tepi laut.
Memang begitu unik dan rata-rata pengunjung sama ada kanak-kanak mahupun dewasa kelihatan teruja dengan warna-warni pasir di situ.
Memang cantik dan menyeronokkan, ditambah lagi dengan gelongsor kanak-kanak dan tangga bertingkat pelangi menghadap laut, memang tak rugi jika berkunjung ke sini bersama keluarga.
Apa yang merugikan jika anda tidak rakamkan detik-detik keceriaan dan pemandangan di sana terutamanya menjelang matahari terbenam dan waktu malam.
Pada waktu malam pula, Funtasi Land akan dihidupkan dengan cahaya lampu neon di sekeliling kawasan tersebut termasuk pondok-pondok yang disediakan untuk pengunjung duduk memerhatikan anak-anak mereka.
Tangkap layar ruangan komen.
Menjengah ruangan komen di TikTok rasmi tempat tersebut, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa teruja dan ramai di antara mereka yang ingin ke lokasi berkenaan.
“Dari pukul berapa (buka) sampai pukul berapa tutup? Saya dekat Marina Island, Hotel Laguna,” kata seorang pengguna TikTok di ruangan komen.
“Buka pukul 4:30 petang hingga 11 malam,” balas pihak Funtasi Land
“Ade tempat teduh x kat sana? Sebab ada bawa bayi 10 bulan,” komen seorang lagi.
“Ada, tapi kami sediakan payung pantai saja sebagai tempat teduh,” respond Funtasi Land— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram