Malaysia makin dikenali destinasi selamat buat pengembara solo, lonjak sektor pelancongan


  • Nomad
  • Selasa, 16 Sep 2025

Sektor pelancongan Malaysia diharapkan dapat memperbanyakkan lagi program dan kempen yang memberikan keyakinan kepada wanita untuk menerokai dunia luar.

 

 

TAHUN depan merupakan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan negara ini sudah menempa nama sebagai destinasi yang semakin popular dalam kalangan pengembara solo, terutamanya wanita.

Dengan gabungan budaya yang pelbagai, makanan yang lazat dan rakyat yang mesra, Malaysia menawarkan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk wanita yang ingin mengembara seorang diri.

Namun selamatkan negara ini untuk pengembara solo bergelar wanita?

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin, berkata, Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan sangat selamat untuk mereka diluar sana terutamanya wanita yang bercadang untu menjelajah secara solo.

“Secara amnya, Malaysia ialah negara yang selamat dan orang ramai tiada masalah untuk berjalan-jalan di luar dan kota. Kita ada penguatkuasa dan polis untuk menjaga keselamatan orang awam.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Bercuti ke luar negara tanpa lelaki? Ramai wanita kini lebih peka, kaji dulu negara orang sebelum melancong

 

Datuk Yeoh Soon Hin, Deputy Chairman of Tourism Malaysia paying a courtesy visit to Menara Star.—SAMUEL ONG/The Star

Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Yeoh Soon Hin.

“Pelancong dan orang awam juga bebas untuk melaporkan segala aktiviti yang melanggar undnag-undang dan tidak bertanggung jawab untuk Kementerian Pelancongan dan pihak berwajib mengambil tindakan ke atas pelaku,” katanya.

Beliau turut berkongsi tentang promosi yang sedang dijalankan untuk tahun melawat Malaysia 2026 yang akan berlangsung dengan pelbagai acara.

“Semestinya kita akan ada perasmian dan beberapa acara lain untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia,” tambah beliau.

Nursyafiqah Zamani.

Berkongsi pengalaman jelajah, Pengasas Umrah4ladies, Nursyafiqah Zamani, 34, berkata, pengembaraan solo bagi wanita bukanlah satu lambang kekuatan dan kepandaian yang ingin ditunjukkan kepada kaum lelaki.

 

Jelajah solo merupakan inisiatif buat wanita yang ingin berdikari dan melihat dunia melalui penjelajahan mereka berbekalkan ilmu dan tawakal kepada Allah.

Ia merupakan inisiatif untuk mereka yang ingin berdikari dan melihat dunia melalui penjelajahan mereka secara solo yang dibekalkan bersama, ilmu dan tawakal kepada Allah.

“Cabaran yang selalu saya hadapi adalah komunikasi. Paling mencabar ketika saya di Mesir, mereka pakai bahasa Arab versi sana jadi lain, di situ yang mengajar saya untuk belajar memahami budaya orang di luar,” katanya yang membuka agensi pelancongan umrah khusus wanita hasil daripada pengalamannya yang mengembara secara solo di bumi Arab.

Nursyafiqah membuka agensi pelancongan umrah khusus wanita hasil daripada pengalamannya yang mengembara secara solo di bumi Arab.

Berbicara mengenai sektor pelancongan dalam Malaysia, bagi Malaysia jauh lebih selamat dan tenang untuk mengembara berbanding negara lain.

Namun sebagai wanita yang mengembara secara solo lebih 34 buah negara, Nursyafiqah masih melihat masih terdapat lagi ruang dari sedut kemudahan wanita.

“Saya nampak sektor pelancongan kita masih ada ruang untuk lebih mesra wanita contoh dari segi pengangkutan awam dan juga menyediakan pakej yang khusus untuk wanita.

Sebenarnya, ramai wanita yang nak keluar melancong, tapi takut risiko terutamanya bab keselamatan.

“Jadi kalau perkara ini dapat diperkuatkan lagi,lebih jaminan, akan lebih banyak wanita yang nak keluar menerokai dunia bermula dengan negara sendiri,” jelasnya yang meletakkan setiap perjalanannya menerokai dunia luar merupakan satu kaedah mendidik jiwa.

Akhir kata, Nursyafiqah mencadangkan serta berharap sektor pelancongan Malaysia dapat memperbanyakkan lagi program dan kempen yang memberikan keyakinan kepada wanita untuk menerokai dunia luar.

Sementara itu, pengembara wanita, Nurhidayah Hairom,37, meletakkan objektif pada setiap jelajahnya sebagai peluang untuk melatih dan mengkaji sistem keselamatan di luar negara.

“Tak kisahlah jelajah solo atau berkumpulan, sebagai wanita yang bergelar pengembara menjelajah membuatkan kita peka, dan sentiasa mengkaji negara orang.

“Termasuk membuat perbandingan negara kita sendiri terhadap tahap keselamatan, sebab kita tak bergantung harap dengan orang lelaki.

 

Pengalaman pengembaraan solo oleh seorang wanita janagn sesekali dianggap sesuatu perkara yang membazir atau membuang masa, ia memberikan banayk manfaat untuk masa depan.

Jadi jika ada peluang janganlah kita melihat mengembara itu sebagai sesuatu yang membazir atau membuang masa. Tidak perlu jauh, mulakan dengan negeri-negeri yang ada di Malaysia untuk mendapat rentak sebelum ke luar negara seperti mana yang saya lakukan ketika dahulu,” jelasnya.

Apa pun, Malaysia merupakan pilihan destinasi terbaik untuk wanita yang ingin mengembara secara solo kerana negara ini selamat, mudah untuk dilawati dan penuh dengan keunikan budaya serta keindahan alam semula jadi.

Dengan sedikit perancangan dan sikap berhati-hati, pengembaraan solo ke Malaysia pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Selamat Hari Malaysia.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram