Buat peminat kucing, hati-hati dengan serangga ini jika si bulus gemar ke taman


  • Hobi
  • Khamis, 18 Sep 2025

Hati-hati jika anda membawa kucing berjalan-jalan.

KUCING merupakan haiwan yang disukai ramai, malahan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan keseronokan bersama si comel tersebut.

Secara amnya kucing memang suka bergerak bebas dan berada di luar rumah termasuk mengejar apa sahaja seolah-olah ia aktiviti yang menghiburkan.

Akan tetapi terdapat entiti yang mampu melawan balik si bulus dan boleh mengundang bahaya.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah pergi taman tema guna air mineral? Jitra, Kedah ada jawapannya

Jika anda membawa kucing berjalan-jalan, inilah antara perkara yang perlu diperhatikan.

Lebah boleh memberikan kesan yang bahaya terhadap kucing.

 

Lebah dan tebuan

Keberadaan lebah sangat penting untuk memastikan pokok dan bunga di kawasan sekitar taman kekal subur dan sihat.

Tebuan pula berfungsi sebagai racun serangga semula jadi dengan membunuh kutu daun dan serangga lain.

Serangga tersebut biasanya tidak akan mengganggu manusia namun, jika anda menakutkan mereka atau kucing anda menyentuhnya, serangga tersebut mungkin akan menyengat kerana rasa terancam.

Kebiasaannya, kucing suka mengejar benda yang bergerak termasuk yang berterbangan, jadi hati-hati. Lebah akan mati selepas menyengat kerana duri sengatnya hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Tidak seperti tebuan, ia boleh menyengat berkali-kali. Namun begitu, kedua-duanya menghasilkan kesan sakit yang hampir sama, tajam dan panas. Selain itu, alahan terhadap sengatan juga selalu berlaku dan ia perkara biasa.

Semut api

Semut berwarna merah di bahagian depan dan hitam kecoklatan gelap di bahagian belakang sangat agresif dan gigitannya amat menyakitkan walaupun kecil.

Rasanya seperti disiat dengan besi panas dan kerana ia cenderung menyerang secara kumpulan, ia boleh menyebabkan kesakitan luar biasa dan ditambah dengan permukaan kulit membengkak.

Selain itu, anda dan kucing juga mungkin boleh mendapat alahan daripada gigitan tersebut. Jadi, jika ada serangan semut api di kawasan rumah, berhati-hati dan dapatkan nasihat daripada pakar kawalan serangga.

Lipan

Sesetengah lipan besar seperti Lipan Harimau Malaysia mempunyai gigitan berbisa yang mampu membunuh labah-labah, cicak rumah malah tikus kecil.

Bahkan, jika tidak dirawat dengan segera, manusia pun boleh menempah maut daripada sengatan serangga ini.

Apatah lagi kucing yang tentu sekali mudah cedera dengan serangga tersebut

Jika anda menemui lipan jenis itu, berhati-hati dan dapatkan bantuan pakar kawalan serangga.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Kucing, Lipan, Lebah, Tebuan, serangga