
BENCANA alam seperti banjir, gegaran dan tanah runtuh khususnya di kawasan pelancongan di Malaysia pastinya meninggalkan kesan buruk dan sering menjadi tumpuan masyarakat tempatan mahupun luar negara.
Apatah lagi jika tragedi tersebut berlaku di pusat peranginan, pasti banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pihak tertentu. Sehingga ada tempat yang terjejas malah tidak dapat berbuat apa-apa dan cuma tinggal kenangan saja.
Jadi apakah situasi terkini tempat-tempat yang terlibat dengan tragedi tersebut, mari kita imbas semula antara lokasi-lokasi pelancongan domestik yang pernah dilanda tragedi bencana alam.
BACA LAGI: Seniman Kelantan temui puisi dan patriotisme di sebalik kain pelikat
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan fantasi tapi realiti, pasir berwarna-warni antara tarikan percutian tepi laut di Lumut
Gunung Kinabalu.
Gunung Kinabalu, Sabah
Gunung Kinabalu, Sabah terkenal dengan lokasi pendakian buat penggemar pendaki yang kebanyakkan pasti ingin meletakkan sasarn untuk menjejakkan kaki di gunung tertinggi di Malaysia itu.
Pada Jun 2015 Malaysia digemparkan dengan berita gempa bumi berukuran 5.9 skala richter yang berpusat di Ranau, Sabah.
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di daerah berkenaan menyebabkan gegaran dirasai hampir di seluruh kawasan berdekatan termasuk gunung tersebut. Gegaran tersebut mengorban 19 nyawa dan menjadi tragedi yang mengejutkan buat penduduk setempat.
Apa yang lagi mengejutkan, punya Gunung Kinabalu yang seakan-akan ada dua tanduk, satu daripadanya sudah runtuh akibat gempa tersebut.
Namun, sekarang ini, gunung Kinabalu masih meneruskan operasinya seperti biasa dengan sistem keselamatan yang lebih ketat. Ramai di antara pendaki mendapati perbezaan struktur ikonik tersebut apabila membandingkannya dengan wang kertas RM100.
Sekitar kawasan Kampung Pulau Santap., Janda Baik dahulu dan sekarang.
Janda Baik, Pahang
Janda Baik, Pahang sering menjadi lokasi bah yang agak teruk. Lokasi yang menjadi antara tempat percutian pilihan rakyat Malaysia itu meninggalkan banyak kenangan pahit dan antara yang teruk adalah pada 2022.
Hujan lebat berterusan sehingga air sungai melimpah di kawasan hulu melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Sum-Sum, Kampung Cheringin, Kampung Lampin dan Kampung Pulau Santap.
Lebih 140 buah rumah dinaiki air dan Pulau Santap antara fasiliti pelancongan yang boleh dikatakan hampir 100 peratus musnah. Dilaporkan sebanyak 33 daripada 54 tempat penginapan atau resort dan chalet di Janda Baik.
Bagaimana pun setelah beberapa tahun, proses penambaikan di Janda Baik terus dijalankan berikutan lokasi itu masih menjadi tumpuan pelancong.
Father’s Organic Farm, Batang kali, Selangor sebelum dan semasa kejadian tanah runtuh.
Batang Kali, Selangor
Berbicara mengenai tanah runtuh, tragedi Batang Kali, Selangor pada 2022 menunjukkan keadaan yang agak menyeramkan apabila terdapat banyak video tular merakamkan tanah yang gelongsor ke bawah seakan-akan sebuah gunung yang runtuh.
Kejadian tersebut turut memusnahkan sepenuhnya sebuah kawasan pelancong yang agak terkenal terletak betul-betul di bawah kawasan lebuh raya laluan kawasan tersebut yang dikenali sebagai Father’s Organic Farm.
Ia merupakan kawasan tapak perkhemahan berkonsepkan hutan dan pertanian organik membuat kebun-kebun di sana lebih menarik untuk pengunjung ambil tahu tentang makanan dan gaya hidup organik.
Setakat ini, Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan bahawa pada 1 Julai 2024 jalan Batang Kali ke Genting Highlands telah dibukan semula, namun lokasi perlancongan tersebut masih belum mendapat apa-apa perkembangan berita sehingga kini.
Empangan Ampang Pecah sekarang.
Kuala Kubu Bharu, Selangor
Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah lokasi yang cukup menarik untuk anda datang bercuti di sana bersama seisi keluarga. Di sana terdapat air sungai seperti Lata Medang, Lata Mengkuang, air terjun, kolam air panas dan beberapa lagi.
Tetapi tahukah anda, daerah tersebut pernah ditenggelami air banjir yang besar akibat sebuah empangan di sana pecah? Ya, menurut sejarah, tragedi yang berlaku lama dahulu iaitu pada 1883 menjadi sejarah hitam buat penduduk di sana.
Tragedi tersebut juga telah memusnahkan seluruh kawasan dan meragut banyak nyawa. Empangan yang kini dipanggil Ampang Pecah itu dahulu dibina dan diperbuat daripada batang kayu bertujuan untuk kegunaan lombong bijih timah.
Maka, kawasan-kawasan pelancongan yang sedia ada kini adalah hasil daripada usaha membangunkan semula kawasan tersebut yang bermula pada 1931.
Lata Celak, Kupang, Baling, Kedah dulu dan sekarang.
Lata Celak dan Lata Bayu, Baling, Kedah
Tragedi kepala air yang melanda Kampung Iboi turut mendapat perhatian apabila situasi tersebut berlaku tanpa diduga dan mengorbankan tiga keluarga. Hampir seluruh kawasan tersebut bukan sekadar banjir tetapi musnah dibawa arus banjir yang membawa sisa dan kayu balak.
Antara lokasi pelancongan yang terjejas teruk adalah di kawasan rekreasi Lata Celak dan Lata Bayu, Kupang, Baling, Kedah. Kawasan tersebut terkenal dengan lokasi bermandi-manda dan perkhelahan yang agak popular namun menerusi beberapa hantar di media sosial, Lata Celak dikatakan kini telah menjadi tapak kuari pasir.
Manakala Lata Bayu pula menerusi infomasi dari laman web Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, lokasi tersebut telah dibangunkan menjadi Taman Eko Rimba Lata Bayu.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram