Senarai 8 lokasi luar bandar terbaik Asia untuk dikunjungi, Cameron Highlands terajui carta teratas


  • Nomad
  • Rabu, 17 Sep 2025

Cameron Highlands menduduki carta teratas lokasi luar bandar terbaik untuk dikunjungi pelancong di rantau Asia, berdasarkan tempahan di Agoda.

 

 

RAMAI di antara rakyat Malaysia merasakan luar negara merupakan destinasi yang terbaik dan berada di dalam senarai pelancongan anda.

Akan tetapi, tahukah anda Malaysia memiliki banyak lokasi yang berprestij dan tersenarai dalam banyak kategori terbaik dalam sektor pelancongan?

Asia membentuk semula jenis laluan dan perjalanan, menggabungkan keindahan semula jadi dengan kedalaman budaya untuk pengalaman yang tulen dan menenangkan.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: [VIDEO] Bercuti ke luar negara tanpa lelaki? Ramai wanita kini lebih peka, kaji dulu negara orang sebelum melancong

Selain melarikan diri dari huru-hara bandar, ia turut menawarkan hubungan yang bermakna dengan alam semula jadi dan tradisi.

Berdasarkan tempahan di laman web Agoda, disenaraikan lapan lokasi luar bandar terbaik di sekitar Asia khusus buat mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan mengambil masa untuk berehat.

Sunrise of tea plantation in Cameron Highland, Malaysia.

 

 

1- Cameron Highlands, Malaysia

Lokasi yang boleh dikatakan lengkap untuk anda bercuti atau berehat, Cameron Highlands memiliki panorama dingin yang cukup indah dilengkapi dengan kawasan-kawasan pergunungan teh dan juga bunga-bunga segar.

Ini termasuk buah strawberry yang sinonim dengan kawasan tersebut yang ditanam serta tumbuh segar di sana,

Bahkan, bagi mereka yang ingin menjalankan aktiviti mendaki untuk menenangkan fikiran dengan alam semesta, lokasi yang terletak di Pahang itu menyediakan beberapa bukit atau gunung yang telah dikomersialkan, khusus untuk aktiviti mendaki seperti Gunung Siku dan Gunung Brinchang.

Haew Narok Waterfall in Khao Yai National Park, Thailand

 

 

2- Khao Yai, Thailand

Kaho Yai merupakan antara loaksi yang sangat popular dengan kebudayaan mereka yang telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu. Bahkan, tempat tersebut merupakan antara Taman Negara tertua di dunia dan paling dihormati di Thailand.

Lokasi yang penuh dengan elemen hutan hujan tropika itu seakan-akan permata dalam mahkota rizab semula jadi buat masyarakat di sana.

Ia turut menawarkan aktiviti safari hidupan liar, melihat kewujudan air pelbagai lokasi air terjun dan menjadi syurga panorama buat mereka yang mendaki di sana.

 

 

3- Puncak, Indonesia

Indonesia turut terkenal dengan lokasi yang menyajikan pelbagai jenis pemandangan indah dan banyak pakej pelancongan di negara tersebut melibatkan pergunungan di sana.

Puncak merupakan kawasan peranginan yang di bahagian Jawa Timur yang penuh dengan ladang teh, laluan trails termasuk aktiviti paragliding dalam keadaan cuaca yang sejuk.

Sebuah percutian berkonsepkan cuaca dingin yang sangat disyorkan.

Fujiyoshida, Japan at Chureito Pagoda and Mt. Fuji in the spring with cherry blossoms.

4- Fujikawaguchiko, Jepun

Bagi yang merancang untuk Jepun, Fujikawaguchiko merupakan lokasi yang terkenal dengan latar belakang indah gunung bersalji Fuji.

Di sini pastikan anda merakamkan detik indah tersebut seperti mana yang ada di dalam postcard.

Malah di Fujikawaguchiko, pelancong turut berpeluang merasai nikmat mandi di kolam air panas, taman yang dipenuhi dengan bunga sakura dan jika bertuah, anda dapat meraikan beberapa festival di sana seperti Koyo Festival.

Sunset Beach

5- Kenting, Taiwan

Taiwan merupakan negara yang dikenali sebagai lokasi mesra muslim itu mempunyai sebuah tempat dipanggil Kenting.

Lokasi tersebut terletak di kawasan tepi laut yang memperlihatkan pasir putih dan batu karang yang cantik serta air laut yang kebiruan firus seperti batu permata.

Pelancong akan alami ketenangan yang cukup luar biasa sambil mendengar bunyi ombak dan angin laut.

 

 

6- Sapa, Vietnam

Uniknya lokasi Sapa, ia merupakan kawasan padi berteras yang tinggi dan terkenal dengan budaya perkampungan di sana.

Sapa menggabungkan landskap mentah dengan kekayaan budaya dan terletak di gunung berkabus untuk melihat pemandangan yang pasti tidak dapat dilupakan.

this is a tea garden in munnar hills station

 

 

7- Munnar, India

Jangan disangka India tempat sejuk, Munnar merupakan lokasi peraginan yang mengeluarkan produk teh berkualiti di India.

Pengunjung turut dijemput untuk hadirkan diri ke muzium yang dibina khas di atas ladang tersebut, termasuk melawat ladang teh dan beberapa kawasan yang dijadikan tempat perlindungan haiwan liar.

Lokasi yang terletak di India Selatan itu anatar tempat yang menjadi pilihan buat pelancong yang datang ke negara tersebut.

 

 

8- Pyeongchang-gun, Korea Selatan

Korea sememangnya lokasi yang ramai di antara kita ingin melancong ke sana. Selain daripada cuacanya yang dingin, terdapat sebuah kawasan musim sejuk yang terkenal sebagai pusat sukan salji iaitu Pyeongchang-gun.

Pernah menjadi dijadikan sebagai lokasi Olimpik Musim Sejuk, tempat tersebut menjadi daya tarikan sepanjang tahun.

Ditambah pula dengan sukan musim sejuk, tapak kebudayaan dan pemandangan yang menakjubkan, menarik minat pengembaraan.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Asia, Cameron Highlands, gunung, Jepun,