
SUASANA sungguh menggegarkan, meriah dan penuh bertenaga. Itulah gabungan yang tiada tandingan antara PUBG MOBILE dan wira retro-rock Malaysia sendiri, Kugiran Masdo, berjaya menganjurkan acara komuniti eksklusif mereka "Perang Suara" di PADDOCK PJ, Selangor baru-baru ini.
Acara yang diadakan dua hari sebelum Hari Malaysia itu merupakan gabungan oktana tinggi yang luar biasa, dengan menghimpunkan dunia permainan PUBG dan irama muzik sebagai malam perayaan yang tidak dapat dilupakan.
Dari saat pintu dibuka, lokasi berkenaan dipenuhi dengan keterujaan. Peminat daripada kedua-dua komuniti permainan dan muzik menyelami barisan acara interaktif.
BACA LAGI: Malaysia makin dikenali destinasi selamat buat pengembara solo, lonjak sektor pelancongan
Suasana sana peminat ketika konsert sambil memakai helmet PUBG.
Turut diperkenalkan, PUBG MOBILE WOW Funmatch yang memberi peluang kepada peserta untuk meneroka lima peta dalam permainan unik yang dihasilkan oleh pencipta tempatan dalam World of Wonder.
Keterujaan acara diteruskan dengan cabaran karaoke yang menghiburkan dan penuh persaingan, apabila peminat berani tampil di pentas untuk menyanyikan lagu kegemaran mereka, dengan kugiran MASDO bertindak sebagai juri.
Keseluruhan malam tersebut membuktikan bahawa komuniti yang penuh semangat dan berwarna-warni yang terbina di sebalik permainan video dan kugiran tersebut.
Kemuncak malam tersebut hadir dengan persembahan bertenaga daripada Masdo dengan lagu-lagu hangat mereka penuh bergaya. Detik istimewa turut tercipta menerusi persembahan secara langsung lagu ‘Setia Bersamamu’, kolaborasi kedua mereka bersama PUBG MOBILE.
Kugiran Masdo.
Acara berkenaan bukan sekadar kolaborasi semata-mata, ia merupakan sebuah perayaan sebenar terhadap semangat yang dikongsi bersama komuntii muzik dan permainan video.
Pengurus Pemasaran PUBG MOBILE Malaysia, Izati Hashim berkata, suasana di ‘Perang Suara’ benar-benar dipenuhi dengan tenaga dan aura tersendiri.
“Ia bukan sekadar mengenai permainan atau konsert tetapi juga tentang meraikan komuniti kita serta persahabatan yang telah terjalin.
"Kami amat berterima kasih kepada rakan kongsi kami di Warner Music Malaysia atas kolaborasi hebat ini dan visi bersama dalam mewujudkan jambatan antara dunia permainan dan muzik.
“Melihat para pemain serta peminat Masdo menyanyi, bersorak serta berhubung antara satu sama lain amat mengagumkan. Acara ini merupakan langkah terbaik untuk menghargai kolaborasi hebat ini dan menyemarakkan semangat perpaduan yang menjadi lambang Hari Malaysia,” katanya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram