Irama muzik alternatif kawal tekanan darah tinggi, umpama terapi tanpa ubat


  • Hobi
  • Khamis, 18 Sep 2025

Individu yang mempunyai tekanan darah tinggi memberi tindak balas positif ketika mendengar muzik.

TEKANAN darah tinggi menjadi salah satu penyakit yang mencatatkan jumlah agak tinggi di Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan sasaran mengurangkan kadar pesakit tahun ini sebanyak 25 peratus.

Tidak dinafikan ada sesetengah penyakit dialami disebabkan faktor keturunan namun ada di antara kita menghidapinya akibat daripada tekanan hidup atau suasana di tempat kerja.

Jadi, sekumpulan jurutera dan pemuzik mendakwa menguruskan hipertensi atau tekanan darah tinggi mungkin berkait rapat dengan irama muzik. Mereka berkata kajian itu boleh membuka jalan kepada terapi kardiovaskular berasaskan muzik tanpa ubat.

BACA LAGI: Buat peminat kucing, hati-hati dengan serangga ini jika si bulus gemar ke taman

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah pergi taman tema guna air mineral? Jitra, Kedah ada jawapannya

Struktur frasa muzik yang lebih mudah dijangka memberi kesan lebih besar dalam mengawal sistem kardiovaskular.

 

Menurut penyelidik, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi memberi tindak balas positif ketika mendengar muzik.

Penemuan tersebut dibentangkan pada Persidangan Persatuan Kardiologi Eropah di Madrid, Sepanyol, pada 29 Ogos hingga 1 September lalu.

“Seperti bahasa, muzik mempunyai pola dan frasa yang membentuk struktur ekspresif dan inilah yang sering menyentuh pendengar,” kata pensyarah kejuruteraan di King’s College London, Britain,  Prof Dr Elaine Chew.

Beliau yang juga seorang pemain piano terlatih menambah, struktur frasa muzik yang lebih mudah dijangka memberi kesan lebih besar dalam mengawal sistem kardiovaskular.

“Dalam kajian ini, peserta mendengar rakaman asal persembahan legenda oleh pemain piano terkemuka. Pasukan penyelidik turut mengubah tahap “ekspresiviti” lagu secara sistematik untuk memperhatikan kesannya terhadap pembolehubah kardiovaskular pesakit.

“Sebahagian muzik mempunyai struktur frasa yang boleh dijangka dan dapat menambah keseronokan kepada pendengar,” jelasnya.

Chew turut mengatakan berkemungkinan wujud kelebihan biologi dan sosial apabila kita dapat menyelaraskan tindakan dengan irama luaran seperti orang di atas bot yang mengikut rentak kayuhan dayung.

“Dalam penyelidikannya sebelum ini, beliau juga mendapati muzik memberi kesan menenangkan terhadap kadar denyutan jantung dan pernafasan,” jelasnya.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram