
MANDI air mineral mungkin membuatkan kita terbayang penggunaan air mineral yang dijual di kedai untuk menyegarkan tubuh kita.
Tetapi itu bukanlah maksudnya kerana aktiviti mandi air mineral melibatkan penggunaan air semula jadi yang mengandungi mineral terlarut seperti kalsium, magnesium, natrium, kalium, karbonat, sulfat dan lain-lain.
Selalunya air tersebut datang dari sumber bawah tanah seperti punca mata air atau telaga dalam yang melalui proses semula jadi penapisan lapisan bumi.
BACA LAGI: Malaysia makin dikenali destinasi selamat buat pengembara solo, lonjak sektor pelancongan
Ada juga ruangan tapak khemah kepada pengunjung.
Malah difahamkan, mandi air mineral juga dapat memberikan bplebagai manfaat untuk kulit seperti melembabkan, menenangkan iritasi, membantu detoksifikasi kulit dan sebagainya.
Tapi dapatkah anda bayangkan jika sebuah taman tema menggunakan sumber air mineral untuk pengunjung kerana kebiasaannya pusat tarikan tersebut menggunakan air paip bercampur klorin sebagai sumber asas.
Dan timbul juga persoalan wujudkah taman tema mandi bersumberkan air meneral itu di Malaysia? Jitra, Kedah ada jawapannya.
Di negeri Jelapang Padi itu, terdapat sebuah taman tema air bernama Kelubi Waterfall yang terletak di Kampung Kelubi.
Uniknya di sini, ia menempatkan sebuah kolam besar yang menggunakan air mineral dan membuka peluang pengunjung untuk berenang atau bermandi-manda.
Air tersebut dipercayai disalurkan secara semula jadi di bawah tanah sekitar kawasan tersebut.
Selain itu, taman tema tersebut sesuai untuk seisi keluarga kerana tersedia kolam semula jadi di bawah jatuhan air terjun. Airnya yang bersih itu juga disalurkan dari gunung dan hutan berdekatan.
Jadi bayangkan anda mandi kolam renang tapi airnya air semula jadi, memang sejuk dan segar.
Bukan setakat itu, taman tema tersebut juga terbuka kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk acara tertutup.
Ruangan TikTok @kelubiwaterfallofficial juga menunjukkan keterujaan mereka yang baru saja pulang dari tempat tersebut.
“Best tempat ini, tenang dan relaks. Kami baru saja buat hari keluarga dekat situ,” kata seorang pengunjung.
Dimaklumkan oleh pihak taman teman bahawa kedalaman kolam tersebut bagi dewasa berada di paras pinggang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram