Rama-rama semakin pupus, tak mustahil senasib dinosaur 50 tahun lagi — Saintis


  • Nomad
  • Jumaat, 19 Sep 2025

Keadaan lebih buruk bagi spesies yang memerlukan habitat khusus seperti padang rumput atau taman bunga, tanah pamah dan kawasan lapang di hutan.

 

 

PENCINTA alam di Britain menyeru tindakan secara menyeluruh terhadap landskap bagi melindungi rama-rama, susulan angka rasmi terbaharu menunjukkan penurunan hampir satu perlima sejak tahun 1970-an.

Pemantauan serangga itu diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar (Defra) yang mendedahkan bahawa jumlah keseluruhan spesies rama-rama telah merosot sebanyak 18 peratus di UK dan 19 peratus di Britain dalam jangka masa panjang.

Keadaan lebih buruk bagi spesies yang memerlukan habitat khusus seperti padang rumput atau taman bunga, tanah pamah dan kawasan lapang di hutan.

BACA LAGI: 'Melayu itu sifatnya berkias', Bahari Asyek tekankan kehebatan, identiti dan rahsia di sebalik baju tradisi

BACA LAGI: Lumrahnya pelangi muncul selepas hujan, tapi Kampung Pelangi sentiasa nantikan kunjungan tetamu

 

 

A butterfly sits on a lavender field in the summer season, in Nowy Pozog, Poland, August 12, 2025. REUTERS/Aleksandra Szmigiel

Seekor rama-rama duduk di padang lavender pada musim panas, di Nowy Pozog, Poland.

 

 

Jumlahnya semakin merosot lebih daripada satu pertiga 39 peratus di UK, dan 25 peratus di Britain.

Berdasarkan pemantauan yang dibuat, beberapa spesies rama-rama tertentu turut mengalami kejatuhan jumlah lebih 80 peratus sejak tahun 1976.

Fenomena tersebut menandakan masalah besar dalam alam sekitar. Turut mendedahkan keadaan serupa yang berlaku kepada banyak serangga lain yang merupakan komponen penting ekosistem.

Angka terbaharu itu merangkumi tahun 2024, yang digambarkan oleh ketua sains pertubuhan amal hidupan liar Butterfly Conservation, Richard Fox, sebagai tahun yang amat buruk bagi rama-rama di UK.

Mei tahun lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, namun dengan tahap cahaya mataharinya rendah.

Secara keseluruhan, 2024 disenaraikan sebagai tahun keempat paling panas dan kelapan paling basah sejak awal 1900-an. Situasi tersebut mengganggu corak bermusim yang penting untuk kebanyakkan spesies rama-rama.

Keadaan cuaca ini memberi kesan besar kepada rama-rama yang sedia berdepan kepupusan akibat kehilangan habitat dan pencemaran.

“Dengan penambahan data tahun 2024 yang merupakan tahun terburuk untuk rama-rama di UK indikator yang dikemas kini ini menegaskan penurunan jangka panjang serangga cantik ini.

“Khususnya, spesies habitat khas yang bergantung pada habitat tertentu seperti tanah pamah, kawasan lapang hutan atau padang rumput berbunga.

“ Ia semakin terjejas sejak 1970-an apabila manusia memusnahkan dan mencemari habitat-habitat tersebut. Tambah lagi, kesan perubahan iklim yang membawa kepada cuaca ekstrem tidak menentu. Jadi tindakan pemuliharaan pada skala landskap yang menyeluruh amat penting” kata Fox.

 

 

This photograph shows a Speckled wood butterfly, a flying insect, on a fallen leaf at the Parc Floral in eastern Paris on July 29, 2025. (Photo by Martin LELIEVRE / AFP)

Seekor rama-rama kayu berbintik-bintik pada daun yang gugur di Parc Floral di timur Paris. Di UK, keadaan cuaca melanda rama-rama, yang sudah bergelut dengan kehilangan habitat dan pencemaran.

 

 

Kejatuhan berterusan

Data menunjukkan hampir separuh (46 peratus) spesies rama-rama yang terhad pada habitat tertentu mengalami penurunan manakala 50 peratus menurun di Britain.

Spesies heath fritillary mencatatkan penurunan paling teruk sejak 1976 dengan pengurangan sebanyak 89 peratus, sementara spesies habitat khusus lain termasuk wood white, small-bordered fritillary, grayling dan pearl-bordered fritillary mencatatkan penurunan 70 peratus hingga 80 peratus.

Penilaian Defra menyatakan punca utama penurunan rama-rama habitat khusus ialah kehilangan, pemecahan dan kemerosotan habitat, selain pertanian intensif yang turut menyumbang kepada kejatuhan jumlah.

Banyak spesies tidak pulih daripada penurunan dan sebahagiannya akibat kesan susulan kemarau pada 1976.

Namun, kekurangan habitat sesuai menjadi punca utama penurunan berterusan dengan ketiadaan pemulihan.

Di kawasan pertanian, spesies rama-rama yang memerlukan habitat khusus untuk hidup, jumlahnya menurun sebanyak 42 peratus di UK dan 47 peratus di Britain.

Rama-rama hutan pula lebih parah kerana menurun lebih separuh (54 peratus) sejak pemantauan bermula pada 1970-an, dengan spesies khusus di hutan menurun 55 peratus di UK dan 57 peratus di England.

Sementara itu, rama-rama hutan tidak menunjukkan perubahan ketara dalam tempoh sama.

Rama-rama Wall Brown, serangga terbang, meminum nektar dari bunga dengan proboscisnya. Di seluruh 50 spesies yang dipantau di seluruh UK, 44 peratus telah mengalami penurunan sejak 1976.

 

 

Harapan baharu

Namun, penemuan masih menunjukkan ada spesies habitat khusus yang semakin meningkat, termasuk black hairstreak, silver-spotted skipper, large heath, dark green fritillary, silver-washed fritillary dan purple emperor.

Puncanya adalah hasil daripada tindakan pemuliharaan yang disasarkan, manakala sesetengah spesies mendapat manfaat daripada perubahan iklim yang membolehkan mereka meluaskan kawasan sebaran.

“Dengan melihat keadaan khusus yang diperlukan oleh spesies ini untuk terus hidup, dan berusaha memulihkannya di lokasi yang kita mampu lakukan, ia akan memberikan peluang kepada spesies rama-rama yang ada pulih.

“Bagi spesies “umum” yang tidak terikat dengan habitat tertentu, ia tidak berlaku sebarang perubahan dalam jangka panjang atau pendek. Namun, nasib spesies individu sangat berbeza,” ujar Fox.

Rama-rama small tortoiseshell mengalami penurunan sebanyak 86 peratus antara 1976 dan 2024, manakala wall butterfly dan white-letter hairstreak juga menyaksikan penurunan yang hampir sama.

Sebaliknya, rama-rama ringlet meningkat sebanyak 273 peratus, manakala holly blue dan comma butterfly, menunjukkan peningkatan terbesar dalam tempoh lima dekad lalu.

Daripada 50 spesies yang dipantau di seluruh UK, 44 peratus mengalami penurunan sejak 1976, manakala 47 peratus daripada 49 spesies yang dinilai di England juga menurun sejak itu.

Bagaimanapun, sekitar 28 peratus spesies individu di UK dan 24 peratus di Britain menunjukkan peningkatan.

Berdasarkan perkiraan jumlah kemerosotan oleh saintis terbabit, tidak mustahil rama-rama akan mengalami kepupusan yang sama seperti dinosaur menjelang 2075. — TheStar/ EMILY BEAMENT

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

Rama-rama, Britian, UK, Kajian, Saintis, pupus