
WARNA-WARNI pelangi umpama simbol keindahan dan harapan yang sentiasa menceriakan semua orang di muka bumi. Bak kata pepatah, pelangi pasti muncul selepas hujan.
Di Perlis, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang pastinya menarik perhatian ramai dengan dengan binaan rumah kayu serta batu bertemakan warna pelangi.
Menjadi lokasi yang wajib dikunjungi jika menjejakkan kaki ke negeri di utara Semenanjung ini, Kampung Pelangi yang terletak di Kuala Perlis merupakan projek transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan idea asal Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail .
BACA LAGI: [VIDEO] Hayati suasana seperti kepulauan Santorini di Greece versi Ipoh, Perak
Kampung Pelangi menjadi penanda kecantikan desa nelayan tradisional.
Ia dijadikan tempat untuk orang ramai hadir melihat kreativiti orang kampung menghias rumah dan kawasan sekelilingnya dengan tema warna pelangi.
Malah, ia terbuka kepada sesiapa pun yang ingin mengunjungi dan bergambar di situ yang menjadi simbol indahnya desa nelayan tradisional dengan seni mural menggunakan pelbagai warna ceria.
Menerusi hantaran video di TikTok @pinataledros, menyaksikan suasana kampung tersebut yang beroperasi setiap hari dan tambah menarik apabila pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berOOTD sambil healing walk. Tidak terhenti situ, pastikan juga anda ambil kesempatan untuk melawat jambatan yang turut bertemakan pelangi iaitu Jambatan Tuanku Syed Putra.
Kampung Pelangi yang berada di Kuala Perlis itu merupakan projek transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan idea asal Raja Perlis.
Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk menyeberang Sungai Perlis yang menghubungkan Kampung Seberang Tok Pi dan Kampung Seberang Ramai, sambil menikmati keindahan matahari terbenam yang cukup menenangkan.
Malahan, terdapat platform khas untuk pengunjung berehat dan nikmati pemandangan kawasan berbukit di Langkawi, sempadan Thailand dan bot-bot nelayan milik penduduk setempat.
Jadi, jika anda merancang untuk bercuti ke Perlis, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Kampung Pelangi dan membawa pulang kenangan indah yang tercipta di sana.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram