Pancaragam Sri Dasmesh Pipe Malaysia ke pentas DFP, bakal meriahkan Hari Merdeka


  • Hobi
  • Selasa, 19 Ogos 2025

Konsert selama dua jam itu akan mengetengahkan gabungan berani antara muzik begpaip Scotland dengan instrumen Malaysia dan antarabangsa

PERHATIAN kepada peminat muzik, Hari Merdeka tahun ini anda berpeluang menyaksikan persembahan istimewa yang akan diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), Kuala Lumpur bersama pancaragam Sri Dasmesh Pipe Band.

Kumpulan muzik tradisional india tempatan itu akan mempersembahkan "The Fortress Of Dreams", sebuah konsert bagpipe pada 31 Ogos 2025 sebagai langkah menjadikan Hari Merdeka yang diingati pada tahun ini.

Konsert selama dua jam itu, akan mengetengahkan gabungan berani antara muzik begpaip Scotland dengan instrumen Malaysia dan antarabangsa, mewujudkan landskap bunyi yang menggabungkan tradisi dan inovasi.

BACA LAGI: ‘Doodling’ teknik pembelajaran unik, bentuk visualisasi pemikiran

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Persembahan akan menampilkan kerjasama dengan pelbagai instrumen untuk menghasilkan rasa ‘rempah Malaysia’ ke dalam ‘hidangan Scotland’.

Pengerusi Sri Dasmesh Pipe Band, Tripert Singh, menyifatkan persembahan itu sebagai impian yang telah lama dinanti-nantikan.

“Konsert ini merupakan impian kumpulan ini sejak sekian lama untuk beraksi dan membuat persembahan di lokasi yang berprestij. Kami mula merancangnya sejak setahun yang lalu,” kata Tripert dalam satu temu bual baru-baru ini.

Persembahan itu juga menampilkan kerjasama dengan pelbagai instrumen termasuk tanggu dari China (gendang tradisional berbentuk tong), urumi dari India (gendang berbentuk jam pasir berkepala dua), gamelan Melayu, dan seruling Ireland.

“Ia menambahkan rasa ‘rempah Malaysia’ ke dalam ‘hidangan Scotland’. Selama bertahun-tahun, kami telah bereksperimen dengan pelbagai kombinasi instrumen dan mendapati bahawa ia memberi impak yang luar biasa kepada persembahan nanti,” jelasnya.

Sri Dasmesh Pipe Band telah diasaskan pada tahun 1986 oleh dua beradik, Sukdev Singh dan Harvinder Singh, sebagai satu inisiatif komuniti di Kuala Lumpur untuk membawa muzik, disiplin dan semangat setia kawan kepada golongan muda.

 

Bermula dengan sederhana kini pancaragam itu telah diiktiraf sebagai kumpulan begpaip Sikh terbesar di dunia. 

Bermula dengan sederhana, kumpulan ini turut berkembang menjadi sebuah kumpulan dengan 40 ahli, merangkumi pelajar seawal usia 11 tahun hingga profesional berumur 40 tahun seterusnya kini diiktiraf sebagai kumpulan begpaip Sikh terbesar di dunia. 

“Ahli-ahli kami, daripada pelajar hingga golongan profesional, merupakan individu yang cemerlang dan mengaplikasikan disiplin dari kumpulan ini ke dalam kehidupan harian mereka, menggabungkan kerjaya dan muzik secara seimbang,” ujarnya Tripert.

Setiap mereka yang berminat untuk menyertai kumpulan tersebut perlu menjalani temuduga dan ujian praktikal sebelum diterima masuk sebagai ahli.

Sesi latihan mingguan diadakan setiap hari Sabtu di Sekolah Antarabangsa Sri Dasmesh, disokong oleh sistem bimbingan yang tersusun.

“Semu ahli akan dibimbing oleh mentor dalam kumpulan dan setiap bahagian juga mempunyai ketua masing-masing yang memantau serta menyokong perkembangan ahli masing-masing.

Persembahan yang akan berlangsung menumpukan aspek aspek ketepatan bagi memberi ruangan kepada kumpulan untuk menonjolkan kreativiti mereka.

Penonton kan disajikan dengan gabungan karya asli dan lagu-lagu tradisional Scotland, bagi melambangkan perjalanan dan nilai kumpulan itu.

“Kami mempunyai satu kisah luar biasa untuk dikongsikan. Kaum Sikh dari Malaysia yang menguasai begpaip Scotland dan ini adalah satu gabungan yang unik.

“Matlamat kami sentiasa ingin berkongsi kisah-kisah menarik melalui muzik, dan konsert ini adalah cara kami untuk melakukannya,” tambahnya.

Malam itu juga penampilan dan penghargaan khas akan dilangsungkan bagi meraikan legasi kumpulan serta peranannya dalam mempromosikan keharmonian budaya.

Ketika Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-68, "The Fortress Of Dreams" bukan sekadar sebuah konsert, ia membawa mesej inspirasi.

“Pentas itu akan dipenuhi anak-anak muda Malaysia yang berusaha mencipta nama di pentas dunia. Kami berharap persembahan itu tiada batasan, melainkan yang kami yang cipta sendiri,” harap Tripert ketika hari kejadian.— TheStar/ M. IRSYAD

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram