
SEBUT sahaja mangga harum manis, pasti teringat negeri Perlis. Buat mereka yang mencari buah yang digilai ramai itu, apa kata sambil berjalan-jalan ke sana singgah sebentar untuk melihat buah rare atau jarang ditemui di Taman Buah-Buahan Eksotik Perlis.
Lokasi yang dulunya diberi nama Taman Anggur Perlis itu amat sesuai dengan seisi keluarga untuk mendedahkan kepada anaka-anak terhadap buah yang pelik dan jarang ditemui di Malaysia.
Kawasan seluar sembilan hektar itu dipecahkan dengan beberapa ‘laman’ yang berbeza untuk mengumpulkan buah-buahan yang tumbuh di situ.
BACA LAGI: Spookers rumah hantu paling seram, boleh kena culik
Laman Anggur Perlis.
Antaranya, Laman Anggur yang menanam pelbagai jenis anggur seperti White Malaga, Loose Parlette, Black Queen dan banyak lagi.
Begitu juga dengan laman Superfruit yang menyediakan buah eksotik seperti Gac, delima, markisa dan zaitu, diikuti Nadir untuk spesies tumbuhan hampir pupus contohnya buah kundang, kandis asam gelugur dan banyak lagi. Ini termasuk memberi makan ikan di tasik yang disediakan.
Selain itu, taman tersebut juga berlatar belakangkan sebuah pemandangan gunung yang cukup cantik. Ia merupakan Bajaran Nakawan yang mengagumkan dan pernah dijadikan lokasi utama untuk acara Perlis Outdoor Festival pada tahun lepas.
Bukan setakat anda boleh berkelah, bergambar dan bersantai, kawasan tersebut turut menyediakan aktiviti berkayak mengelilingi tasik di situ.
Antara buah rare di Taman Buah-Buahan Eksotik Negeri Perlis.
Maka, rancang perjalanan anda dan hadirkan diri ke Taman Buah-Buahan Eksotik Negeri Perlis, sebagai destinasi dalam senarai perjalanan anda untuk lengkap dengan aktiviti santai bersama keluarga tercinta.
Ia pasti menjadi pengalaman agro pelancongan dan sesuai untuk pengunjung yang ingin belajar sambil menikmati alam dan budaya tempatan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram