
ACARA terulung dalam dunia Kustom Kulture, Art of Speed 2025 (AOS) edisi ke-14 sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai platform utama buat peminat dunia permotoran dan gaya hidup automotif tempatan serta antarabangsa.
Bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, ribuan pengunjung membanjiri lokasi dengan deretan jentera ubah suai dari dalam dan luar negara, memenuhi ruang luar dan dewan pameran.
AOS 2025 kekal sebagai medan pertemuan pencinta modifikasi, kreativiti, dan semangat komuniti yang luar biasa.
BACA LAGI: Ubat makan habis ya! pentingnya ambil ubat ikut arahan doktor
BACA LAGI: Pengalaman luar biasa buat peminat F1, Grand Prix Plaza bangkitkan adrenalin pengunjung
Kenderaan modfikasi mewarnai ruang dalaman acara.
Salah satu tarikan utama tahun ini ialah rekaan semula pintu masuk utama AOS yang lebih moden dan garang, menampilkan paparan visual berasaskan diod pemancar cahaya (LED), yang memperkukuh suasana futuristik dan agresif sejajar dengan identiti acara ini yang semakin berkembang sebagai jenama budaya.
Antara acara mencuri perhatian ialah program Beetle Battle diketuai oleh Denny Kusumah dari Volkswagen Beetle Club Indonesia.
Program itu menghimpunkan pemilik VW Beetle dari negara-negara jiran dalam semangat persaudaraan dan minat yang sama terhadap dunia automotif klasik.
Lebih 20 artis membuat persembahan ketika pelancaran AOS 2025 di MAEPS, Serdang.
Tidak hanya tertumpu pada jentera, AOS turut menyajikan hiburan pentas selama dua hari dengan persembahan daripada barisan artis.
Antaranya Noh Salleh & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem, Mai Tummada dan ramai lagi berjaya menyuntik semangat pesta sepanjang acara.
Kehadiran kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menghangatkan AOS 2025.
Sorakan pengunjung dan tenaga luar biasa daripada peserta membuktikan AOS 2025 terus menjadi acara wajib hadir dalam kalendar budaya permotoran Malaysia.
Ia bukan sahaja meraikan kreativiti dan gaya hidup, tetapi juga menjadi jambatan antara generasi dan komuniti serantau yang berkongsi minat yang sama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram