Macam gambar poskad, pesona gunung ais Switzerland umpama 'syurga' pemain golf


  • Nomad
  • Selasa, 19 Ogos 2025

Padang golf ini telah direka semula oleh pemain legenda golf, Severiano Ballesteros pada akhir 1990-an.

 

 

TIDAK ada padang golf di mana-mana planet yang lebih indah daripada Crans-sur-Sierre, Switzerland yang terletak di pergunungan Alps Switzerland.

Padang golf bertaraf dunia itu terletak di bandar peranginan Crans-Montana, dan dikatakan lokasi tersebut umpama 'syurga' buat pemain golf.

Bertempat pada ketinggian 1,500 meter dari paras laut, lokasi tersebut dipilih untuk mengadakan kejohanan Omega European Masters, yang menjadi salah satu pertandingan yang tertua dan paling berprestij di Eropah.

BACA LAGI: ‘Doodling’ teknik pembelajaran unik, bentuk visualisasi pemikiran

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

 

 

Suasana padang golf yang dikelilingi pokok alpine.

Padang berkenaan asalnya dibina pada 1906, dan telah direka semula oleh pemain legenda golf, Severiano Ballesteros pada akhir 1990-an.

Setiap lubang memberikan pemandangan indah seakan-akan poskad dengan berlatarbelakangkan ladang anggur serta puncak gunung bersalji. Ia merupakan salah satu pemandangan paling kerap dirakam dalam dunia golf Eropah.

Antara spot yang paling dinanti-nantikan ialah suasana semula jadi seperti amfiteater di lubang ke-13, par tiga.

Di bawah langit biru safir, udara segar dan cuaca dingin serta selesa memberikan pengalaman yang cukup hebat di sana.

Padang golf itu juga lengkap dengan elemen kotak tee yang tinggi, jalan berliku dengan cerun bergelombang, dan pokok-pokok pain yang mengawal kawasan angin kuat, memang luar biasa.

 

 

Pemandangan padang golf Crans-sur-Sierre, Switzerland dari atas.

Ini termasuk padang latihan dan bilik persalinan semuanya bertaraf kelas pertama dan layanan warga kerja di sana cukup mesra membuatkan sesiapa saja yang datang bermain di situ seperti pemain golf profesional.

Kemudian, rumah kelabnya pula menggabungkan persona alpine dan gaya moden pula merupakan gabungan pesona alpine dan gaya moden, dengan panorama yang sempurna untuk pengunjung menikmati minuman selepas sesi bermain di padang.

 

 

Suasana ketika kejohanan Crowds Omega Masters.

Jadi, buat pemain golf di luar sana, adakah anda sudah hadirkan diri ke sini? Atau lokasi ini sudah pun memang menjadi 'bucket list' anda?

Pastikan padang Crans-sur-Sierre menjadi saksi hayunan pukulan bola golf dari anda seterusnya melengkapkan dunia permainan tersebut.—Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram