Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi


  • Hobi
  • Selasa, 19 Ogos 2025

Perkara yang boleh belajar dari Ibnu Ṭhufail Al Andalusi survival dalam Islam, ilmu kendirian, ilmu bercakap dengan binatang dan banyak lagi jelas menyerupai karakter Tarzan.

TARZAN adalah sebuah karakter yang menjalani kelangsungan kehidupan dalam hutan. Namun adakah anda tahu, siapakah dan dari manakah asalnya individu yang digelar Tarzan?

Pengalih suara Tarzan Malaysia, Mohd Shawalludin Fitri Mohd Taha atau lebih dikenali sebagai Charl Fitri, 45, mendakwa, menerusi pengajiannya mendapati, Tarzan merupakan watak yang berada dalam naskah yang diplagiat daripada naskah orang beragama Islam.

“Ia daripada buku Ibnu Thufail Al Andalusi pada 800 tahun dahulu. Sejujurnya saya yang membawa suara Tarzan ini sudah bertanya-tanya pada diri sejak mula-mula lagi. Siapa sebenarnya Tarzan ini? Kenapa dia pakai macam ini? Bagaimana orang boleh kartunkan cerita Tarzan ini? Banyak persoalan yang timbul.

BACA LAGI: ‘Doodling’ teknik pembelajaran unik, bentuk visualisasi pemikiran

BACA LAGI: Art of Speed 2025 kekal 'garang', simbol kekuatan dunia modifikasi permotoran

Charl Fitri, pengalih suara Tarzan Malaysia.

“Rupa-rupanya buku tersebut mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak dengan rusa dipanggil Hayy ibn Yaqzan. Jadi dari kisah itulah yang telah diadaptasikan oleh barat ke pada ‘Tarzan’. Kisah ini lebih awal lagi sudah wujud,” dakwanya kepada Majoriti.

Selain itu, karya falsafah menerangkan juga kisah seorang anak yang dibesarkan secara sendirian di sebuah pulau terpencil, lalu mencapai kebenaran melalui pemerhatian dan renungan terhadap alam dan diri.

Malahan Charl menambah terdapat banyak kajian telah menyatakan ada kemungkinan cerita Tarzan itu diadaptasikan daripada karya tersebut.

“Boleh Google kalau tak percaya. Pakar yang boleh belajar survival dalam Islam, ilmu kendirian, ilmu bercakap dengan binatang dan banyak lagi. Ini termasuk juga cerita Mowgli dan Robinson Crusoe,” jelasnya yang menguatkan lagi kenyataan tentang kebenaran asal usul Tarzan tersebut.

Sebagai tambahan walaupun Tarzan tidak ditulis oleh penulis Andalusia atau berasal dari tradisi Islam, cerita Hayy ibn Yaqzan telah menjadi salah satu asas pemikiran yang dipercayai diserap oleh kesusastraan Barat. Hal itu juga membuktikan bagaimana idea sastera dan falsafah bersilangan antara dunia Islam dan Barat.

Maka, kita patut berbangga kerana terdapat banyak watak kartun barat sebenarnya diadaptasi daripada karya ilmuwan islam suatu ketika dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram