
MINGGU Fesyen Pengantin Malaysia (MBFW) bukan sekadar acara peragaan biasa, acara itu adalah acara gaya hidup pertama seumpamanya di Malaysia yang membuka peluang eksklusif kepada bakal pengantin untuk menyaksikan rekaan fesyen pengantin luar biasa daripada barisan pereka ikonik bertaraf dunia.
MBFW menghimpunkan pereka fesyen terkemuka dari dalam dan luar negara, termasuk nama-nama besar seperti Zuhair Murad, Vera Wang, The Atelier dan ramai lagi.
Acara ini meraikan evolusi seni reka fesyen pengantin Barat dan Asia, sambil memberi tumpuan kepada gaya hidup serta inovasi dalam industri perkahwinan.
BACA LAGI: RC trak realistik, juruteknik sanggup labur RM20,000 demi trek impian komuniti
BACA LAGI: Pengalaman luar biasa buat peminat F1, Grand Prix Plaza bangkitkan adrenalin pengunjung
MBFW anjuran The Gown Atelier dipenuhi sentuhan peribadi dengan reka fesyen pengantin.
Bertempat di Astana Bamboo Hill, Kuala Lumpur, MBFW membuktikan potensi luar biasa industri perkahwinan di Malaysia apabila gaya dan sinergi digabungkan untuk menghasilkan pengalaman unik dan mengagumkan.
MBFW anjuran The Gown Atelier dipenuhi sentuhan peribadi dengan reka fesyen pengantin yang dipersembahkan menonjolkan ketelitian seni kraf serta corak budaya yang kaya.
Menjadikan busana pengantin pilihan ideal bagi mereka yang ingin menghormati warisan sambil mengekalkan gaya moden dan kontemporari.
MBFW bukan sahaja mencipta detik bermakna dalam industri fesyen pengantin, tetapi juga membuka jalan baharu bagi arah tuju fesyen pengantin di Malaysia.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram