Pantai Klebang ada 'playground indoor' besar, praktikal untuk kanak-kanak dan dewasa


  • Nomad
  • Selasa, 19 Ogos 2025

Dikumpulkan pelbagai jenis permainan arked yang sangat mengujakan seperti buaian gergasi, suka aksi panjat dinding, basikal 360 darjah dan beberapa lagi

 

 

JIKALAU ke Melaka, jangan lupa singgah minum coconut shake untuk segarkan tekak. Sebut pula pasal makan, asam pedas pasti menjadi pilihan ramai.

Jika mencari hiburan, jangan lupa datang ke Pantai Klebang cari MoCity Cosmic Park Melaka di Pantai Klebang.

Itulah ungkapan terbaharu orang Melaka apabila terdapat sebuah tarikan taman tema baharu berkonsepkan keluarga dibina di Klebang Besar, Melaka yang menawarkan plebagai aktivit menarik.

BACA LAGI: ‘Doodling’ teknik pembelajaran unik, bentuk visualisasi pemikiran

BACA LAGI: Pengalih suara percaya kartun Tarzan diadaptasi dari karya Ibnu Thufail Al Andalusi

Antara permainan yang menajdi rebutan kanak-kanak.

Menerusi hantaran video di TikTok @fuadmarsum, Melaka kini sudah mempunyai kawasan permainan yang bakal menjanjikan kenangan indah buat semua pengunjung tanpa mengira usia.

Umpama syurga permainan, lokasi berkenaan penuh dengan warna warna cahaya neon dan bunyi-bunyi permainan yang cukup menghiburkan.

Tapak luar menawarkan pelbagai jenis permainan antara yang diserbu oleh pengunjung adalah permainan karnival, go-kart, Kids Electric Car, Bouncy Castle dan banyak lagi.

Keadaan di luar memberikan suasana waktu malam dan angin laut klebang yang begitu menyeronokkan.

 

 

Suasana di bahagia indoor Mocity Fun Park.

Ditambah pula dengan kemeriahan lampu karnival yang menerangi setiap sudut kawasan tersebut, tempat itu pastinya menjadi salah satu pilihan destinasi wajib disinggahi oleh pelancong dan warga tempatan.

Buat mereka yang tidak tahu, keseronokkan di sana tidak terhenti di bahagian luar sahaja. Taman tema itu memiliki satu lagi bahagian indoor yang dipanggil Mocity Fun Park, bagi melengkapi jelajah anda di sana.

Dikumpulkan pelbagai jenis permainan arked yang sangat mengujakan seperti buaian gergasi, suka aksi panjat dinding, basikal 360 darjah dan beberapa lagi permainan panjat-panjant yang mencabar anda semua.

Dengan ini, buat mereka yang merancang untuk bercuti di Melaka bersama seisi keluarga pastikan destinasi MoCity Cosmic Park Melaka menjadi tempat wajib untuk singgah sebelum meninggalkan negeri bersejarah itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram