
Mungkin sesetengah daripada kita ingin melihat ikan paus muncul di atas permukaan laut sebagai impian dalam hidup.
Namun siapa kata ia sesuatu yang mustahil dan sukar dicapai. Terdapat beberapa kawasan yang menjadi habitat atau persinggahan haiwan tersebut untuk mencari makanan atau membiak.
Jadi ini lima lokasi yang patut anda hadir dan laksanakan impian tersebut:
BACA LAGI: Proses pengimbas badan lambat? Ini perkara yang sering penumpang lupa
BACA LAGI: Spookers rumah hantu paling seram, boleh kena culik
Peniup hon ikan paus menjadi sebuah jawatan yang dilantik untuk memanggil orang ramai melihat paus berdekatan.
Hermanus (Afrika Selatan)
Bagi penduduk tempatan di bandar Hermanus, Afrika Selatan, aktiviti menonton ikan paus menjadi sebuah hobi malah ia merupakan satu cara hidup buat mereka.
Bukan setakan itu, seseorang akan dilantik khusus sebagai pemerhati atau pemberi maklumat kepada orang ramai ikan paus dilihat berhampiran pantai.
Ini bermakna anda mungkin akan terdengar hon yang kuat akan ditiup oleh individu tersebut terutamanya dan bunyi itu akan sering didengar jika anda berkunjung ke sana antara bulan Jun hingga November. Ini kerana ia adalah musim penghijrahan paus selatan (southern right whales) ke kawasan tersebut.
Tambah menarik, daya tarikan di Hermanus anda tidak perlu menaiki bot untuk melihat mamalia laut itu. Terdapat beberapa lokasi tinjauan, seperti Gearing’s Point dan Rotary Drive Lookout, yang boleh dikunjungi untuk memerhati paus.
Namun jika ingin melihat dengan lebih dekat, anda boleh menaiki mana-mana pelayaran bot yang beroperasi dari Pelabuhan Baru (New Harbour).
Paus di Husavik, Iceland.
Husavik (Iceland)
Ikan paus telah lama menjadi tarikan utama di Husavik, Iceland. Sering digelar sebagai “ibu kota pemerhatian ikan paus”, negara tersebut yang digelar bandar perikanan itu terletak di Teluk Skjalfandi. Kawasannya kaya dengan nutrien dan menarik banyak mamalia laut.
Bandar itu menjadi habitat kepada pelbagai spesies cetacea, termasuk paus bongkok (humpback), paus minke, porpoise pelabuhan dan juga orca. Jika bernasib baik, paus biru juga boleh kelihatan di sana.
Kaikoura (New Zealand)
Sebagai salah satu daripada beberapa tempat di dunia yang melihat paus sperma sepanjang tahun, Kaikoura, New Zealand sangat popular dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Walaupun spesies itu menjadi tarikan utama, terdapat juga paus bingkok yang berhijrah ke sana sekitar bulan Jun hingga Ogos. Bentuk muka bumi bandar di sana dengan parit yang dalam menjadi tempat tumpuan paus kerana terdapat sumber makanan yang banyak kepada paus-paus tersebut.
Buka hanya boleh menyertai pelayaran biasa untuk melihat paus, pelancong turut ditawarkan untuk menaiki helikopter dan melihat makhluk tersebut dari pandangan atas.
Monterey Bay (Amerika Syarikat)
Monterey Bay, California, Amerika Syarikat terkenal dengan kepelbagaian hidupan lautnya antaranya anjing laut, memerang dan ikan lumba-lumba.
Selain itu, teluk berkenaan turut dikunjungi pelbagai spesies ikan paus sepanjang tahun. Berikut adalah bulan dan jenis ikan paus yang singgah ke kawasan tersebut.
Paus biru pada Mei hingga Oktober, kemudian paus bongkok muncul pada Mac hingga November, diikuti paus kelabu dari Disember hingga April.
Paus-paus ini dipercayai singgah ke kawasan tersebut untuk mencari makanan di Monterey Bay yang kaya dengan sumber laut, sebelum meneruskan perjalanan ke pantai Mexico untuk membiak dan menjaga anak-anak mereka.
Ada macam-macam cara untuk pergi ke Monterey Bay, cuma jika datang dari Kuala Lumpur, anda perlu 'terbang' terlebih dulu ke Los Angeles. Jarak perjalanan anda mungkin memakan masa antara 18 ke 30 jam, bergantung kepada syarikat penerbangan dan laluan yang anda pilih. Sebaik tiba di LA, anda boleh menaiki bas atau memandu sendiri ke Monterey Bay.
Pelancong boleh menaiki pengangkuta air untuk melihat paus dengan lebih dekat.
Mirissa (Sri Lanka)
Budaya dan sejarah serta alam semula merupakan elemen yang popular di Sri Langka. Di sini juga terdapat spot melihat ikan paus dan pilihan terbaik adalah di Mirissa, sebuah bandar pantai yang terletak kira-kira 156km dari ibu kota Colombo.
Paus bongkok dikatakan sering memunculkan diri pada bulan November hingga April. Adakalanya, paus biru juga turut berpeluang untuk dilihat berenang dari situ.
Selain itu, satu lagi pengalaman yang menyeronokkan di Sri Lanka ialah safari sungai di Galle, sebuah bandar kolonial yang boleh dikunjungi melalui perjalanan kereta api dari Mirissa. Jangan sesekali melepaskan peluang tersebut.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram