AI cipta produk, mampu kesan bau sebelum hasilkan minyak wangi kegemaran anda


  • Hobi
  • Khamis, 27 Nov 2025

Matlamat Algorithmic Perfumery bagi membolehkan pelanggan mencipta wangian mereka sendiri

PADA 2018 seorang artis Belanda, Frederik Duerinck, 49, menubuhkan ScenTronix iaitu sebuah syarikat permulaan teknologi yang membuat mesin atau robot khusus bagi memilih minyak wangi.

Ia akan bertanya beberapa soalan peribadi dan menekan kod pada papan kekunci.

BACA LAGI: Pastikan pilih menu 'warna-warni' sayur, kekacang dan buah antara 8 tip gaya hidup sihat

BACA LAGI: GG 4x4 wakil Terengganu ke kejohanan dunia RFC Grand Final 202

 

AI telah membuat penerokaan dalam industri wangian untuk mempercepatkan proses mencipta produk baharu.

 

Kemudian peranti itu menghantar botol kaca kecil berisi cecair kuning, amber dan jernih serta dilengkapkan dengan pam sembur bersama label ringkas, nama yang dicetak sebelum dilekatkan pada botol berkenaan.

Minyak wangi sedemikian kini menjadi perhatian apabila pengguna terutama golongan milenial dan Gen Z mula meneroka aroma dalam rutin penjagaan diri, dan meneliti bagaimana sesuatu produk dihasilkan.

Algorithmic Perfumery, seperti yang dikenali oleh pemasangan mesin bergerak ini, nampaknya muncul pada waktu yang tepat.

Pencipta bersama, Anahita Mekanik, 55, seorang pembangun wangian kelahiran Iran yang berpangkalan di New York, mengetuai reka bentuk aroma di ScenTronix.

Beliau berkongsi matlamat bagi membolehkan pelanggan mencipta wangian sendiri, daripada hanya menerima apa yang ditawarkan oleh industri minyak wangi bernilai US$61 bilion (RM252 bilion).

“Kami memberi orang kuasa dalam proses kreatif,” kata Mekanik.

Dengan dana sebanyak US$1.8 juta (RM7.4 juta) menerusi bantuan pengaturcara serta pembuat kreatif berbakat, mereka membangunkan sebuah peranti asas di Belanda yang dibawa Duerinck ke pelbagai lokasi.

Pemasangan sementara, yang disediakan di pameran reka bentuk dan festival seni, menerima anugerah dan menyediakan data pengguna yang membantu pasukan menjadikan mesin itu lebih canggih.

Ia boeh ditemui di beberapa lokasi, termasuk 'makmal nyata' di bandar Breda, Belanda; ScenTronix berpangkalan di Museum of the Future di Dubai dan The Fragrance Shop di Oxford Street, London.

Salah satu daripada jenis kedai runcit baharu yang menawarkan pengalaman kepada pelanggan selain barangan, 113 Spring dibuka pada September lalu di tingkat bawah bangunan besi yang dibina pada tahun 1870-an.

Dipamerkan di bahagian hadapan kedai, produk yang dibungkus dengan rapi dengan coklat untuk membantu tahap nyenyak tidur, selain titisan herba untuk menaikkan perasaan dan fokus.

Di bahagian belakang, kerusi hijau yang dicetak daripada plastik kitar semula diletak mengelilingi sebuah meja berbentuk bujur.

Seorang pengguna diuji dengan menjawab 20 soalan yang membantu tiga algoritma mesin itu memahami personalitinya.

“Warna manakah yang mewakili anda? Bagaimana anda menggambarkan gaya anda?

“Algoritma itu pastinya berusaha keras untuk memproses jawapan saya dan menyingkap maksud emosi saya”, seperti yang dijanjikan laman web 113 Spring kerana ia wangian pertama yang dihasilkan mesin itu.

“Saya sembur pada jalur kertas untuk dihidu, terasa begitu ringan sehingga saya tidak tergamak untuk menggunakannya, manakala wangian kedua berbau agak berkulat.

“Wangian ketiga pula mengandungi 13 bahan termasuk bunga epal dan campuran bernama 'blush'. Terasa menyenangkan tetapi tidak lebih daripada itu,” ujarnya.

Kemudian, dia menekan butang “produce” pada papan kekunci dan mesin itu menghasilkan satu lagi campuran.

“Saya boleh meneruskan eksplorasi wangian dalam bilik peribadi, berbaring di kerusi santai bergetar bersuara dan memakai fon kepala yang akan mengimbas gelombang otak saya sambil saya menghidu tiga minyak wangi baharu saya.

“Kemudian melihat warna serta tekstur yang meliputi dinding, menunjukkan bagaimana wangian itu merangsang minda saya dengan cara yang berbeza,” jelasnya.

Daripada 190,000 orang yang telah berinteraksi dengan Algorithmic Perfumery setakat ini, 43 peratus telah meninggalkan komen, sekurang-kurangnya satu daripada wangian.

Bagaimanapun, hanya lapan peratus yang menempah pengisian semula.

Selain Algorithmic Perfumery, AI juga telah menembusi industri wangian malah digunakan untuk mempercepatkan proses yang panjang dalam penciptaan produk baharu.

Namun, pakar menegaskan bahawa pembuat wangian masih mempunyai kata akhir.

“Matlamat kami adalah untuk menghasilkan sesuatu yang anda suka, untuk mendapat wangian atau apa sahaja yang anda gambarkan,” kata Mekanik.

*Artikel ini asal diterbitkan di The New York Times.—The Star

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram