Dari larian ke acara e-sukan, Festival Subang Jaya 2025 jadi pentas perpaduan komuniti


  • Hobi
  • Khamis, 20 Nov 2025

Acara dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti larian sejauh 4.3 kilometer dan sesi aerobik hingga tournament e-sukan.

KINI, pelbagai acara dilangsungkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menyatupadukan komuniti setempat untuk melahirkan masyarakat majmuk.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-5, dengan festival itu menjadi peringatan tentang apa yang menjadikan bandar Selangor, istimewa.

Subang Jaya Festival 2025 yang diadakan di dua pusat beli-belah di kawasan itu, bukan sekadar acara ulang tahun, ia juga mengingatkan tentang semangat kekitaan di bandar berkenaan.

BACA LAGI: Penyu sakit selamat jalani rehabilitasi, Dato dan Kutu dilepaskan semula ke habitat asal

BACA LAGI: Hobi dron makin ‘trending’, ambil tahu peraturan ruang udara 5 negara Asia sebelum terbangkan peranti

 

Festival Subang Jaya 2025 merangkumi pelbagai aktiviti termasuk larian menyeronokkan dan e-sukan.

Penuh dengan tenaga, semangat komuniti dan rasa bangga yang dikongsi bersama penduduk, festival itu menjadi tanda penghargaan yang ikhlas terhadap masyarakat.

Untuk kali pertama, MBSJ bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi menggalakkan penyertaan orang kurang upaya dalam pelbagai aktiviti.

Kerjasama tersebut menyerlahkan visi MBSJ untuk mewujudkan sebuah bandar inklusif di mana setiap orang, tanpa mengira kemampuan, mempunyai ruang untuk mengambil bahagian dan rasa diterima masyarakat dalam perspektif yang besar.

Orang ramai, yang terdiri daripada penduduk Subang Jaya daripada semua peringkat umur, dihiburkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang hari.

Daripada larian sejauh 4.3 kilometer dan sesi aerobik hingga tournamen e-sukan, darts, netball shootouts serta cabaran basikal tolak, kesemua acara berkenaan dilihat cukup meriah.

Setiap keluarga yang hadir turut mewarnai pertandingan mewarna dan saringan kesihatan percuma, manakala yang lain boleh bersantai di bazar makanan dan kawasan busking.

Pasar mesra alam dan program derma tanaman juga berjaya menarik perhatian pencinta alam semula jadi. — The Star/M. Jiwa Priyaa

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram