MUSIM hujan pastinya suatu keadaan cuaca yang tidak digemari bagi penggemar sukan golf.
Secara am, cuaca tersebut mengganggu permainan dan kepuasan ketika ingin memukul bola tersebut ketika hujan turun.
Adakalanya sesetengah daripada pemain membatalkan terus niat untuk bermain kerana tidak masuk berada dalam kebasahan.
BACA LAGI: Pastikan pilih menu 'warna-warni' sayur, kekacang dan buah antara 8 tip gaya hidup sihat
BACA LAGI: GG 4x4 wakil Terengganu ke kejohanan dunia RFC Grand Final 2025

Tersedia beberapa jenis bilik untuk pemain bermain secara berseorangan tau secara berkumpulan.
Jadi apakah alternatif yang ada untuk anda melepaskan gian memukul bola tersebut?
Dalam dunia moden ini jangan risau, apa kata lepaskan kegeraman anda ingin memukul bola golf itu di Wedge Range, sebuah pusat simulator golf di Petaling Jaya, Selangor.
Premis itu menggabungkan elemen sukan, hiburan dan gaya hidup kontemporari dan pendekatannya lebih kasual.
Ia terbuka kepada semua peringkat kemahiran, serta menyediakan suasana yang selesa untuk bersosial dan beriadah.
Konsep permainan golf dalam ruang tertutup itu diperkenalkan buat mereka yang bukan sahaja ingin melepaskan geram bermain golf, malah menjadi satu pilihan yang amat sesuai bagi mereka amatur.
Pemula atau mereka yang baharu hendak mencuba sukan tersebut, anda boleh berlatih atau berhibur dengan aktiviti golf itu tanpa perlu berpanas atau memikirkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Suasana ruang legar yang moden dan selesa.
Kemudahan simulator di sini dilengkapi teknologi moden yang mampu mengesan kelajuan bola, arah pukulan dan pergerakan kayu golf secara terperinci termasuk peta yang disediakan, memang nampak seperti padang golf sebenar.
Melalui paparan skrin bersaiz besar, pemain dapat melihat projektor pukulan mereka dengan jelas, seolah-olah sedang bermain di padang sebenar.
Teknologi itu juga memberi peluang kepada pemula untuk memahami asas permainan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah.
Bahkan, sesiapa sahaja boleh datang tanpa perlu memiliki kayu golf sendiri, dan mereka yang ingin belajar dengan lebih serius boleh mendapatkan bimbingan daripada jurulatih profesional.
Konsep ini menjadikan golf lebih mudah diakses dan tidak eksklusif kepada golongan tertentu. Seterusnya dapat menarik minat golongan dalam sukan berkenaan.
Harga main di Wedge Range bermula dari RM25 seorang (55 minit), RM80 hingga RM100 (sesi biasa) dan sewa private lounge bersama 2 simulator RM240–RM300, tempahan awal amat dialu-alukan.
Suasana di sini direka untuk memberikan pengalaman gaya hidup yang lebih inklusif dan santai.
Dengan pencahayaan yang lembut, muzik latar yang menenangkan serta ruang legar yang moden dan selesa, pengunjung boleh bermain sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan.
Dengan konsep yang segar dan suasana yang mengalu-alukan, Wedge Range menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang inginkan aktiviti berkualiti sambil menikmati masa bersama rakan dan keluarga.
Maka, premis ini bukan sekadar sebuah simulator golf, tetapi sebagai satu destinasi gaya hidup yang semakin menjadi pilihan ramai.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
