KECERDASAN buatan (AI) buatan menampilkan keupayaan menulis novel, memandu kereta, melukis potret, jadi mungkin hanya menunggu masa sebelum ia mula membuat kuku pula
Itulah idea di sebalik Umia, yang digelar sebagai 'mesin manicure AI' pertama di dunia.
Pada pandangan pertama, ia lebih menyerupai mesin espreso berbanding peranti yang berkait rapat dengan kecantikan.
Ia sebuah kotak putih kecil untuk diletakkan di atas meja bersama satu slot kemasan untuk satu jari.
BACA LAGI: ACG BASE di LaLaport BBCC syurga peminat anime, komik dan permainan budaya pop Jepun
BACA LAGI: Lampu merah basikal bukan sekadar hiasan, penting sebagai keterlihatan di jalan raya
Prosesnya
Wakil Umia, Audrey Dong yang menerangkan bahawa peranti itu hanya menawarkan bahagian pengecatan dalam proses manicure dan bukannya kerja mengikir, membentuk atau penjagaan kutikel yang dilakukan oleh juruteknik kuku.
Mengambil masa tepat 100 saat bagi setiap kuku, proses tersebut mengambil kira pemilihan warna sama ada warna biasa atau reka bentuk yang rumit.
“Ia adalah manicure gel, jadi ia akan bertahan sekitar 10 hingga 14 hari. Awak hanya perlu memasukkan jari ke dalam mesin, dan kamera mesin akan mengimbas kuku untuk memahami saiz dan kelengkungan, kami memanggilnya ‘DNA kuku’ anda.
“Kemudian mesin akan menyapu tiga lapisan, asas, warna dan lapisan, apabila tangan anda keluar, ia berkilat dan kering, “ katanya.
Semburan nipis pengilat disemburkan ke atas kuku dalam lapisan yang begitu halus sehingga langsung tidak merasakannya.
Satu-satunya sensasi ialah kehangatan lembut cahaya UV yang mengeraskan gel itu, yang tidak menyakitkan malah, hampir tidak merasai apa-apa proses yang sedang dijalankan.
Setiap kuku mengambil 100 saat, termasuk proses imbasan, sapuan dan pengerasan.
Hasilnya
Kemasan akhirnya begitu berkilat dan tahan lasak walaupun tidak sempurna seperti dibuat secara manual.
Beberapa reka bentuk yang lebih rumit kelihatan sedikit kabur di bahagian tepi, dan pengilatnya tersasar sedikit, meninggalkan semburan halus pada kulit kuku.
Namun secara keseluruhan, ia kemas, kukuh dan jauh lebih baik daripada yang dijangkakan daripada sebuah mesin tanpa tangan atau mata.
Walaupun begitu, Umia tidak mengendalikan langkah persediaan, dan anda perlu datang dengan kuku yang bersih dan sudah dipersiapkan.
“Kami bukan menggantikan juruteknik, kami menawarkan sesuatu yang lebih cepat dan lebih mudah diakses,” ujar Dong.
“Salon rambut, kedai kopi, spa, malah lapangan terbang mungkin lokasi yang sesuai memandangkan ia hanya mengambil masa sekitar 20 minit untuk menyiapkan satu tangan penuh.
“Harga jauh lebih murah daripada manicure biasa, mungkin kurang daripada separuh berbanding harga sebenar,” jelasnya.
Teknologi di sebalik pengilat
Namun persoalannya masih timbul sama ada ia benar-benar 'AI' atau sekadar pencetak berteknologi tinggi?
Pengasas bersama Umia, Modi Liu, menjelaskan bahawa mesin itu tidak menggunakan model seperti ChatGPT atau Gemini.
“Tiada pemprosesan bahasa atau AI berasaskan teks. Apa yang kami gunakan ialah model pembelajaran mendalam berasaskan convolutional neural network (CNN) yang dibina daripada lebih 120,000 titik data kuku,” jelas Liu.
Model AI itu membolehkan Umia mengenali lebar, panjang, kelengkungan dan kontur setiap kuku, serta membezakan antara kuku dan kulit.
“Setiap kuku adalah unik. AI memastikan reka bentuk sesuai dengan bentuk anda. Itulah yang menjadikannya pintar, bukan sekadar mekanikal,” tambahnya.
Sistem tersebut turut dilengkapi dengan algoritma pengoptimuman adaptif iaitu belajar daripada setiap manicure yang dilakukan.
Secara teori, setiap lapisan yang disapu menjadikannya selangkah lebih dekat kepada kesempurnaan.
Melihat ke hadapan, Liu berkata, aplikasi Umia yang bakal dilancarkan akan memperkenalkan “pembelajaran pengukuhan (reinforcement learning)', satu cabang AI yang membolehkan sistem belajar daripada tingkah laku dan pilihan pengguna.
“Ia akan mencadangkan reka bentuk berdasarkan kesukaan, warna, corak dan gaya, memahami mengikuti cita rasa anda,” jelasnya.
Maka, ia adalah sebuah teknologi yang mempesonakan dan tanpa ragu menyeronokkan penggunaannya.
Ia pelik tetapi menenangkan dan walaupun hasilnya tidak sempurna, ia tetap lebih daripada memadai untuk hasil manicure yang cepat.
Namun buat masa ini, kunjungan alat tersebut ke salon yang menawarkan penjagaan, ketelitian dan seni, belum mampu ditandingi oleh mesin ini dan belum lagi mencapai tahap tersebut.
Potensinya ialah sebuah manicure mudah alih, selamat daripada bahan kimia, cepat kering dan boleh disesuaikan dengan gaya hidup moden.
Walaupun masih belum benar-benar yakin bahawa menyembur gel pada kuku layak digelar 'kecerdasan buatan', namun ia sudah boleh memberi gambaran menarik tentang masa depan dalam dunia teknologi kecantikan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
